103 kematian, korban COVID-19 kini lepasi angka 3,000

Dari Penulis

BUAT hari kedua berturut-turut, kes kematian akibat COVID-19 di negara ini melepasi angka 100.

Jika semalam mencatat rekod dengan 126 korban, angka kematian hari ini tetap tinggi dengan 103 kes.

Jumlah 103 kematian akibat wabak itu adalah kedua tertinggi yang pernah dilaporkan dengan seramai 100 korban hari ini terdiri daripada rakyat Malaysia manakala tiga lagi bukan warganegara.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, keseluruhannya sebanyak 3,096 kematian akibat wabak itu direkodkan di negara ini.

“Daripada 103 kes kematian hari ini, 26 kes di Selangor, 15 kes di Kuala Lumpur, 14 kes di Johor, masing-masing lapan kes di Sarawak dan Kelantan, tujuh kes di Sabah dan masing-masing enam kes di Negeri Sembilan dan Terengganu.

“Turut dilaporkan masing-masing empat kes di Pulau Pinang dan Kedah, masing-masing dua kes di Melaka dan Pahang, serta satu kes di Perak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Daripada kenyataan itu, kematian yang dilaporkan hari ini turut melibatkan individu berusia 20-an, 30-an dan 40-an yang mempunyai latar belakang penyakit lain selain kes-kes melibatkan jenazah dibawa ke hospital.

Sementara itu, kata Noor Hisham, hari ini juga menyaksikan seramai 880 individu positif COVID-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 446 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Menurut Noor Hisham, ketika ini terdapat 83,331 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.

“Hari ini juga menyaksikan 7,049 kes sembuh dilaporkan,” katanya.

Jumlah tersebut adalah kes sembuh harian tertinggi yang pernah dilaporkan setakat ini.

Baca artikel berkaitan: 8,209 kes baharu!! Selangor lepasi angka 3,000 hari ini

Berikut Status Terkini COVID-19, 3 Jun 2021
Kes sembuh= 7,049
Jumlah kes sembuh= 508,947
Kes baharu positif= 8,209 (8,145 tempatan, 65 import)
Jumlah positif= 595,374
Kes kematian= 103
Jumlah kes kematian= 3,096
Kes dirawat di ICU= 880
Bantuan alat pernafasan= 446

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This