DR ADHAM BABA mengadakan lawatan ke pusat vaksinasi COVID-19 di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor baru-baru ini./ Gambar FB Dr Adham

SEBANYAK 72,480 dos vaksin COVID-19 diberikan di seluruh negara semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, keseluruhannya jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat semalam ialah 3,493,193 dos.

“Jumlah yang menerima dos pertama ialah 2,364,455 orang.

“Daripada jumlah itu, 1,128,738 orang juga telah lengka terima dos kedua vaksin COVID-19.

“Daftar di aplikasi MySejahtera, http://vaksincovid.gov.my atau telefon 1800888828,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.

Daripada infografik yang dikongsikan beliau, bagi dua dos vaksin, beliau berkata, penerima terbanyak masih kekal di Selangor iaitu melibatkan seramai 145,970 individu.

Dr. Adham memaklumkan, ia diikuti 119,306 individu di Sarawak; 105,525 di Perak; 101,821 di Kuala Lumpur dan 98,276 individu di Johor.

Sementara itu, Kuala Lumpur menjadi negeri penerima dos pertama vaksin COVID-19 tertinggi iaitu seramai 397,752 individu.

Beliau memaklumkan ia diikuti sebanyak 347,114 dos diberikan di Selangor; 219,857 di Sarawak; 215,762 di Johor dan 192,738 di Perak.

Baca artikel berkaitan: [VIDEO] 100 hari PICK: Kadar vaksinasi Malaysia antara tertinggi di Asia Tenggara

1.13 juta sempurna dua dos vaksin, Selangor tertinggi

Mengenai jumlah pendaftaran untuk menerima vaksin COVID-19, infografik berkenaan memaklumkan sebanyak 52.3 peratus daripada populasi 18 tahun ke atas sudah berbuat demikian.

Maklumat terkini yang dikongsikan Dr Adham menunjukkan 12.683 juta sudah mendaftar untik mendapatkan vaksin.

Tertinggi mendaftar ialah Selangor (3.35 juta), diikuti Johor (1.56 juta) dan Sarawak (1.25 juta).

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram