Lelaki bersenjatakan pisau bunuh enam orang, cederakan 14 yang lain

Dari Penulis

SEORANG lelaki bersenjatakan pisau membunuh enam orang dan mengakibatkan kecederaan kepada 14 yang lain dalam satu kejadian di sebuah bandar timur China, lapor media tempatan hari ini.

Agensi berita AFP yang memetik laporan saluran televisyen CCTV melaporkan, serangan pisau itu berlaku pada petang semalam di Anqing, wilayah Anhui yang terletak 430 kilometer dari barat Shanghai.
 Biro Keselamatan Awam Anqing dalam satu kenyataan berkata, suspek sudah diberkas dan siasatan masih dijalankan untuk menentukan motif serangan di kawasan beli-belah berkenaan.

CCTV yang memetik biro itu sebagai berkata, suspek berusia 25 tahun tersebut adalah seorang penganggur dan “sangat marah” ketika itu.

Terdahulu, pihak berkuasa melaporkan lima orang terbunuh manakala seorang mangsa yang cedera parah meninggal dunia di hospital, semalam.

Serangan bersenjatakan pisau bukan sesuatu yang jarang berlaku di China, negara yang menyekat akses kepada senjata api.

April lalu, seorang lelaki bersenjatakan pisau membunuh dua pelajar dan lagi 16 cedera di sebuah tadika di selatan China.

Pada 2018, seorang lelaki dihukum gantung setelah dia menikam sampai mati sembilan kanak-kanak dan menyebabkan kecederaan pada 11 individu di sebelah utara China.

Kes jenayah kejam meningkat di China sejak beberapa dekad lalu ketika pertumbuhan ekonomi negara itu mewujudkan jurang yang semakin melebar antara golongan mewah dengan miskin.

Kajian juga mendapati terdapat peningkatan pada jumlah kes gangguan mental. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Johor perlukan politik menyatukan dan bukan yang memecah-belah – Mohamad Sabu

PRESIDEN Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan Johor memerlukan politik yang menyatukan dan bukan memecah-belahkan. Tegasnya, apabila...

More Articles Like This