Geng Nicky: Polis perkemas kertas siasatan, teliti akaun bank – Ayob Khan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

POLIS Johor sedang memperkemas dan melengkapkan kertas siasatan membabitkan kumpulan jenayah terancang, Geng Nicky sebelum membuat tindakan lanjut.

Pada masa sama, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya juga meneliti akaun kewangan milik kumpulan terbabit termasuk akaun bank peribadi dan syarikat.

Beliau berkata, polis juga sedang menunggu laporan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan beberapa bank lain membabitkan akaun kepunyaan Geng Nicky.

“Kita masih lagi memperkemaskan (kertas siasatan). Ada beberapa benda yang perlu diperkemas sedikit. Bila lengkap kita akan keluar kenyataan.

“Ada juga laporan daripada BNM yang kita sedang tunggu dan daripada bank-bank lain. Ada banyak sebab Geng Nicky ini bukan kecil. Banyak transaksi melibatkan akaun peribadi dan syarikat. Ia mengambil masa sedikit.

“Setakat ini, belum ada lagi tangkapan baharu. Kalau ada perkembangan terkini kita akan maklumkan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Baca artikel berkaitan: Geng Nicky: Polis temui petunjuk baharu, suspek dilepaskan bukan ‘bebas sepenuhnya’ – Ayob Khan

Geng Nicky: Pegawai penyiasat tarik balik permohonan habeas corpus untuk dibebaskan

9 Mei lalu, Polis Johor dilaporkan menemui beberapa petunjuk baharu membabitkan Geng Nicky apabila menjalankan siasatan terhadap suspek-suspek yang ditahan.

Bagaimanapun, Ayob Khan tidak mendedahkan petunjuk berkenaan atau memberi sebarang kenyataan kerana siasatan masih lagi berjalan.

Sebelum itu, media melaporkan beberapa pegawai kanan polis yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan jenayah terancang Geng Nicky, dibebaskan dengan jaminan polis.

Namun begitu, Ayob Khan berkata suspek yang dibebaskan itu bukan bermakna dilepaskan daripada tuduhan berkenaan sebaliknya hanya dilepaskan dengan jaminan polis bagi membolehkan kertas siasatan dilengkapkan.

Pada 9 April lalu, seramai 14 individu termasuk dua adik ahli perniagaan dalam buruan Nicky Liow Soon Hee, didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan terbabit dalam kumpulan Geng Nicky.

Nicky, 33, adalah pengasas kepada Winner Dynasty Group yang berpusat di Setiawalk Puchong, Selangor menjadi buruan polis selepas 68 ahlinya ditahan dalam Op Pelican 3.0 bermula 20 hingga 28 Mac lalu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This