anwar
Anwar Ibrahim adalah calon terbaik bagi PH bagi menggantikan Muhyiddin Yassin- Gambar Astro AWANI

KECOH satu negara dengan pelbagai spekulasi dibuat oleh para peminat politik apabila mereka mengetahui Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudi menerima mengadap pemimpin-pemimpin politik.

Dalam laman-laman sosial mula panas memperkatakan kemungkinan akan berlaku perubahan dalam kerajaan lagi apabila Agong mengetahui jadual menerima menghadap beberapa wakil pemimpin kerajaan dan pembangkang, mulai hari ini.

Pertemuan pagi ini dimulakan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, diikuti oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP juga mengesahkan akan mengadakan pertemuan petang ini.

Tetapi peminat politik negara mungkin agak hampa apabila Perdana Menteri menyatakan pertemuan dengan Al-Sultan Abdullah pagi ini merupakan sesi rutin biasa Mesyuarat Pra-Kabinet membincangkan urusan dan isu-isu berkaitan pentadbiran kerajaan.

Kepanasan semakin menghilang apabila Anwar menyatakan pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong juga tidak berkaitan dengan soal perubahan dalam kerajaan.

BERITA BERKAITAN Agong terima menghadap PM untuk sesi rutin Mesyuarat Pra-Kabinet

Sebaliknya Presiden PKR itu berkata, dalam pertemuan itu beliau mengutarakan pandangannya berkenaan kesan COVID-19, kewajaran Parlimen bersidang dan darurat yang tidak perlu diteruskan.

Katanya, beliau amat terharu dengan kearifan Al-Sultan Abdullah berkenaan pandemik COVID-19 yang mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk pakar perubatan.

“Itu soal (perubahan kerajaan) yang tidak berbangkit sekarang” katanya kepada pemberita yang menunggu di Pintu 2 Istana Negara. Anwar sebelum itu menghadap Al-Sultan Abdullah kira-kira sejam.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, selama sejam pertemuan dengan Seri Paduka Baginda, beliau turut mengemukakan pandangan berhubung penamatan Proklamasi Darurat.

Dakwa Anwar, penerusan pelaksanaan Proklamasi Darurat tidak membantu mengurangkan jangkitan COVID-19, selain hanya membebankan rakyat khususnya golongan bawahan.

Selain itu, Anwar berkata laporan dan dokumen sokongan turut dikemukakan kepada Al-Sultan Abdullah bagi pertimbangan baginda.

“Kita tengok semua langkah yang perlu dilakukan tidak memerlukan darurat.

“Kita merayu kepada Tuanku supaya menghalang penerusan ini sedaya upaya walaupun
Tuanku tepat mengatakan jatuh kepada semangat Raja Berperlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri,” katanya.

Selain itu, turut dibangkitkan adalah mengenai pembukaan semula Parlimen dan keyakinan pelabur terhadap keadaan ekonomi negara.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram