73 kematian, pesakit buah pinggang berusia 13 tahun korban termuda

Dari Penulis

SEBANYAK 73 kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini, turun dua kes berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 29 kes kematian dilaporkan di Selangor manakala 11 lagi kes di Johor.

Katanya, Negeri Sembilan pula melaporkan lapan kematian diikuti masing-masing empat kes di Kedah, Kuala Lumpur, Labuan dan Pulau Pinang.

“Turut dilaporkan tiga kes di Pahang, dua kes di Kelantan, serta masing-masing satu kes di Melaka, Sabah, Terengganu, dan Perak.

“Pertambahan hari ini menjadikan kumulatif kematian kini berjumlah 3,684 kes,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jumlah 73 kematian itu adalah lebih rendah berbanding semalam (75) dan Selasa (76).

Daripada kenyataan itu, korban termuda akibat COVID-19 yang dilaporkan hari ini adalah seorang remaja perempuan berusia 13 tahun.

Individu berkenaan dilaporkan mempunyai latar belakang penyakit buah pinggang kronik dan meninggal dunia di Hospital Alor Setar.

Korban paling berusia hari ini melibatkan seorang wanita berusia 104 tahun di Pulau Pinang.

Seperti mana sebelum ini, terdapat beberapa kes dilaporkan melibatkan jenazah dibawa ke hospital.

Baca artikel berkaitan: 5,671 kes baharu, Selangor turun, Kedah catat lonjakan

Sementara itu, Noor Hisham memaklumkan sebanyak 7,325 kes sembuh dilaporkan, sekali lagi mengatasi kes baharu.

Katanya, ini membolehkan kes aktif kini berkurang kepada 79,848 kes.

“Daripada jumlah itu, 911 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 462 memerlukan alat bantuan pernafasan,” ujarnya.

Mengenai jumlah kluster baharu, Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 22 lagi kluster hari ini.

Katanya, ini menjadikan kluster aktif kini berjumlah 745.

Daripada 22 kluster baharu, 18 adalah kluster tempat kerja manakala tiga komuniti dan satu keagamaan.

Negeri paling banyak melaporkan kluster baharu hari ini ialah Selangor dengan tujuh yang kesemuanya kluster tempat kerja.

Ini diikuti Johor (enam), Pulau Pinang (tiga) Sarawak (dua) dan masing-masing satu di Sabah, Negeri Sembilan, Kedah dan Kuala Lumpur.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Perluas peranan Petronas di Turkmenistan kukuh kedudukan Malaysia

KEJAYAAN memperluas peranan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam sektor tenaga di Turkmenistan membuka akses kepada antara rizab gas terbesar...

More Articles Like This