SEBANYAK 5,671 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, turun berbanding semalam yang melaporkan 6,239 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keseluruhannya jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan setakat ini adalah sebanyak 639,562.

Daripada statistik yang dikongsikan, penurunan kes hari ini antara lain disebabkan jumlah kes yang lebih rendah di Selangor.

Berbanding semalam yang melepasi angka 2,000 kes, jumlah penularan baharu di Selangor adalah sebanyak 1,510 kes.

Ini sekali lagi diikuti Kuala Lumpur yang melaporkan 769 kes manakala Negeri Sembilan pula mencatatkan 593 kes.

Jumlah kes di ketiga-tiga negeri berkenaan menunjukkan Lembah Klang adalah paling terkesan dalam gelombang penularan kali ini.

Selain itu, Sarawak melaporkan 631 kes baharu manakala Kedah yang mencatatkan 135 kes semalam kembali melonjak kepada 309 kes.

Perlis pula seperti mana selalu terus melaporkan kes terendah dan hari ini negeri paling utara itu melaporkan pertambahan tiga kes.

Berikut pecahan mengikut negeri.

Pada 10 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,671 kes.
Pecahan setiap negeri:
Selangor : 1,510 kes
WPKL : 769 kes
Sabah : 233 kes
Johor : 524 kes
Sarawak : 631 kes
Negeri Sembilan : 593 kes
Pulau Pinang : 166 kes
Kelantan : 262 kes
Perak : 143 kes
Kedah : 309 kes
Melaka : 184 kes
Pahang : 112 kes
Terengganu : 108 kes
WP Labuan : 106 kes
WP Putrajaya : 18 kes
Perlis : 3 kes

Baca artikel berkaitan: 6,239 kes baharu, Selangor kembali lepasi angka 2,000

15 lagi kluster, lima dikesan di Selangor libat tempat kerja

Berita lanjut menyusul

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram