Harga sayuran masih berpatutan, tiada aduan kenaikan

Dari Penulis

SEJAK kebelakangan ini, ramai pengguna meluahkan rungutan peningkatan harga barangan keperluan harian.

Daripada minyak masak, sehinggalah kepada sayur-sayuran, harga makanan seluruh negara didapati meningkat sekali gus semakin membebankan orang ramai.

Antara harga sayuran yang dikesan naik mendadak termasuk tomato, timun, salad dan halia sejak beberapa minggu lalu.

Namun begitu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung kenaikan harga sayur-sayuran di pasaran setakat ini.

Kata beliau, terdapat beberapa jenis sayur malah mengalami penurunan harga berbanding musim perayaan sebelum ini.

Baca artikel berkaitan: Jangan risau, bekalan makanan stabil dan mencukupi

“Contohnya seperti cili, semasa musim perayaan kita tetapkan harga RM15 sekilogram, hari ini sudah turun sehingga RM6 sekilogram.

“Harga ini juga bergantung pada jenis kesegaran sayur, yang segar mungkin mahal sikit, yang ‘tua’ mungkin murah sikit tetapi kalau ada maklumat (kenaikan harga) boleh maklumkan kepada pihak kita,” katanya seperti dilapor Bernama.com.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan pemeriksaan minyak masak serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di beberapa pasar raya sekitar Teluk Intan, Perak hari ini.

Mengulas lanjut, Rosol berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam memastikan bekalan serta harga barangan pertanian sentiasa stabil.

Beliau memaklumkan, usaha tersebut dilakukan bagi memastikan situasi menang-menang di antara petani dan pengguna.

Kata beliau, ia juga bagi memastikan petani dan penternak tidak teraniaya manakala pengguna pula mendapat harga berpatutan.

“Kita memang mempunyai hubungan yang rapat dengan MAFI kerana mereka jaga peladang, kita jaga pengguna.

“Kalau kita kekurangan ayam, kita tiada kuasa untuk keluarkan (bekalan) tetapi harga di bawah kita. Hubungan kita terlalu rapat. Ada masalah kita akan bincang,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This