KADAR pemberian vaksin COVID-19 negara terus meningkat dengan 3.03 juta individu telah pun menerima suntikan dos pertama setakat semalam.
Jumlah tersebut meningkat sebanyak 100,360 dos pertama yang diberikan semalam.
Sehingga pukul 11.59 malam tadi, sebanyak 133,804 dos telah pun diberikan dengan 33,444 individu telah menyempurnakan suntikan kedua.
Secara keseluruhan, sebanyak 4.36 juta jumlah dos vaksin telah pun diberikan sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dimulakan penghujung Februari lalu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, seramai 1.33 juta telah pun melengkapkan dua dos suntikan setakat ini.
Bagi dua dos vaksin, beliau berkata, penerima terbanyak masih kekal di Selangor iaitu melibatkan seramai 174,302 individu.
Dr. Adham memaklumkan, ia diikuti 141,972 individu di Sarawak; 126,876 di Perak; 126,673 di Johor dan 122,797 di Kuala Lumpur.
Baca artikel berkaitan: Pemberian dos vaksin COVID-19 meningkat kepada 4.22 juta
Katanya, Sabah menjadi penerima keenam tertinggi yang telah sempurna dua dos vaksin iaitu sebanyak 107,731 seterusnya Pahang (92,627); Kedah (80,516) dan Pulau Pinang (78,088).

“Di Kelantan pula sebanyak 65,453 dos kedua pemberian vaksin telah diagihkan diikuti 64,070 di Negeri Sembilan; 59,016 di Terengganu dan 38,780 di Melaka.
“Sebanyak 22,268 dos kedua vaksin telah diberikan di Perlis dan masing-masing sebanyak 16,798 dan 13,295 di Putrajaya serta Labuan,” katanya menerusi infografik yang dimuat naik ke akaun Twitter miliknya hari ini.
Mengulas lanjut, Dr. Adham berkata, Kuala Lumpur menjadi negeri penerima dos pertama vaksin COVID-19 tertinggi iaitu seramai 528,545 individu.
Beliau memaklumkan ia diikuti seramai 451,757 di Selangor; 300,089 di Sarawak; 281,546 di Johor dan 231,208 di Perak.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

