SEORANG lelaki Indonesia mati dalam keadaan tragis apabila dia dibunuh sebelum mayatnya dibakar di Maros, Sulawesi Selatan, semalam.
Tribunnews.com melaporkan, kejadian malang itu membabitkan Rian, 21, yang berasal dari Gowa selepas menjadi mangsa pembunuhan oleh kekasih sesama jenis dan rakan-rakannya.
Ini selepas mangsa dipercayai bercinta dengan lelaki lain yang juga seorang gay.
Ketua Polis Daerah Sulawesi Selatan, Merdisyam berkata, Rian dibunuh, kemudian dibakar oleh pasangan sesama jenisnya yang hanya dikenali sebagai MA, 19, dan rakan-rakannya selepas suspek cemburu dengan mangsa.
Katanya, MA yang merupakan satu daripada lapan pelaku yang ditangkap adalah suspek utama kes dan diketahui menjalin hubungan sesama jenis dengan Rian.
Namun MA menemukan perbualan percakapan dari teks WhatsApp Rian dengan lelaki lain.
“MA yang cemburu menjadi marsh dan melakukan aksi penganiayaan terhadap Rian disalah satu hotel Jl Haji Bau, Makassar.
“Semasa menjemput Rian di rumahnya menuju hotel, MA mengambil telefon pintar mangsa dan mendapati teks perbualan mangsa di WhatsApp dengan lelaki lain. Disitu suspek cemburu dan melakukan penganiayaan,” kata Merdisyam, semalam.
Tidak cukup setakat itu, Rian yang dianiaya MA bersama temannya dibawa ke rumah seorang lagi suspek berinisial H alias Lala,23, di Jl Sungai Limboto Lorang 45.
Merdisyam memberitahu, Rian kemudiannya ditahan di lokasi itu buat sementara oleh MA namun Rian yang diseksa cuba melarikan diri.
Namun katanya, usaha Rian melarikan diri gagal selepas ditangkap Lala.
“MA yang sakit hati kemudiannya terus menganiaya Rian sekali gus mengakibatkan kematiannya di rumah Lala.
“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke mukim Mallawa, Maros untuk menghapuskan bukti. Sejurus tiba di bahu jalan, jasad Rian kemudiannya dibakar MA dan rakan-rakannya.
“Jadi motif pembunuhan terancang ini adalah motif asmara. Suspek dan mangsa ini menjalinkan hubungan sesama jenis,” jelasnya.
Sementara itu, Merdisyam berkata, sebanyak sembilan suspek ditetapkan oleh polis terbabit dalam kes pembunuhan tersebut.
Mereka katanya adalah, MA (19), DAS (19), FS (16), AP (19), TH (22), AI (17), MAN (16) dan perempuan H alias Lala (23) dengan lapan daripadanya telah ditangkap.
Tambahnya, kesemua sembilan suspek didakwa melakukan pembunuhan terancang dan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun.

