69 kematian, korban termuda berusia 28 tahun

Dari Penulis

SEBANYAK 69 kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini, meningkat berbanding 60 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan ini menjadikan jumlah kumulatif kematian kini berjumlah 4,477,

Katanya, kes kematian pada hari ini melibatkan 24 kes di Selangor, 11 kes di Kuala Lumpur, sembilan kes di Negeri Sembilan dan tujuh kes di Johor.

“Turut dilaporkan masing-masing empat kes di Kelantan dan Labuan, tiga kes di Kedah, masing-masing dua kes di Terengganu, Sabah, dan Sarawak, serta satu kes di Melaka,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Seperti mana sebelum ini, kes kematian hari ini turut melibatkan golongan berusia 20-an dan 30-an.

Antaranya, pesakit wanita berusia 28 tahun yang mempunyai latar belakang obesiti dan individu berkenaan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Satu lagi kes melibatkan seorang lelaki berusia 34 tahun dengan latar belakang obesiti yang jenazahnya dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Baca artikel berkaitan: 4,611 kes baharu, Lembah Klang turun, Perak melonjak

Sementara itu, menurut Noor Hisham, jumlah kes kes aktif terus berkurang kepada 62,918 kes di seluruh negara.

Katanya, ini apabila kes sembuh sekali lagi melebihi jumlah kes baharu.

Hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 5,439 kes sembuh berbanding 4,611 kes baharu.

Daripada jumlah 4,611 kes baharu, 21 adalah kes import.

“Jumlah individu positif COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) berjumlah 880 manakala 452 memerlukan alat bantuan pernafasan,” jelasnya.

Jumlah kes keseluruhan COVID-19 yang dilaporkan setakat hari ini berjumlah 701,019.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This