Kerajaan akan perkenal minyak masak subsidi dalam botol 2kg atau 5kg – Khairuddin

Dari Penulis

KERAJAAN akan memperkenalkan minyak masak bersudsidi yang akan dibungkuskan ke dalam botol dengan kapasiti dua kilogram (kg) atau lima kilogram, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Beliau berkata, rancangan itu masih di peringkat akhir perbincangan bagi menentukan mekanisme terbaik pembungkusan baharu minyak masak bersubsidi yang ketika ini hanya dibungkuskan melalui bungkusan plastik.

“Perkara itu akan dibentangkan dalam mesyuarat mingguan Kabinet pada Rabu sebelum dapat diputuskan dan diumumkan kepada rakyat seawal minggu hadapan.,” katanya dalam program Bicara Politikonomi di TV1 bertajuk ‘Harga Sawit dan Minyak masak: Rezeki atau Beban’, malam tadi.

BERITA BERKAITAN Kerajaan tingkat peruntukan subsidi agar rakyat dapat minyak masak murah

Katanya, untuk tujuan tersebut, perbincangan antara tiga kementerian berkaitan iaitu Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, serta Kementerian Kewangan telah dijalankan, termasuk bersama pembekal minyak sawit mentah, pemborong serta pihak berkepentingan lain.

“Di peringkat KPPK yang menjaga hal ehwal pembekal minyak sawit mentah, kita telah berbincang dan mencadangkan cara terbaik bagi memastikan rakyat menikmati harga minyak masak 2kg atau 5kg yang rendah.

“Cuma kita masih belum dapat umumkan memandangkan perkara ini belum diputuskan di peringkat Kabinet lagi,” katanya seperti yang dilaporkan Bernama.

Beliau berkata KPPK turut mencadangkan kepada kerajaan pelaksanaan mekanisme jangka masa panjang atau subsidi bersasar minyak masak seperti yang sedang dilaksanakan untuk minyak petrol ketika ini.

“Cadangan mekanisme subsidi bersasar ini masih diperincikan dan ia bertujuan menangani isu ketirisan dalam pembekalan minyak masak,” tambahnya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This