PEMULIH: Bantuan tunai RM10 bilion hingga hujung tahun

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MEMAHAMI bebanan yang ditanggung rakyat ekoran penularan COVID-19, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM10 bilion untuk menyalurkan bantuan tunai secara langsung sehingga hujung tahun ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan tunai itu adalah satu daripada agenda Fokus Pertama: Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih).

Kata beliau, bantuan tunai langsung itu merangkumi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan bayaran tambahan sehingga RM500 akan dibuat secara berperingkat mulai esok sejajar dengan pengumuman dalam Program strategi Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan Plus (Pemerkasa Plus) hujung Mei lalu.

Menurut Perdana Menteri, fasa ketiga BPR dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 pula akan dibayar pada bulan September nanti.

Pada masa sama, beliau berkata, kes-kes lulus rayuan BPR juga akan dibayar dalam bulan September dengan nilai keseluruhan bantuan berkenaan adalah sebanyak RM4.9 bilion.

Baca artikel berkaitan: Perdana Menteri umum PEMULIH bernilai RM150 bilion

Selain BPR, Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian Bantuan Khas COVID-19 (BKC) yang akan dibayar sehingga akhir tahun ini.

“Isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos dan November serta RM300 lagi pada bulan Disember manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan November.

“Kedua, bagi kategori isi rumah berpendapatan rendah (B40) akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan Disember manakala bujang kategori B40 menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos.

“Selain itu, isi rumah kategori pendapatan sederhana (M40) turut menikmati bantuan sebanyak RM250 manakala bujang M40 terima RM100 yang akan dibayar pada bulan Ogos nanti.

“Secara keseluruhan, pemberian khas BKC ini dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah, individu warga emas dan bujang dengan peruntukan sebanyak Rm4.6 bilion,” katanya dalam perutusan khas pengumuman Pemulih hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, kerajaan turut mengumumkan Bantuan Kehilangan Pendapatan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan tahun ini.

Menurut beliau, sebanyak RM500 akan disalurkan berdasarkan kepada data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Perdana Menteri memaklumkan, bantuan tersebut dijangka memanfaatkan sehingga sejuta ahli yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta.

“Dengan ketiga-tiga bantuan tunai ini, bagi setiap bulan bermula Jun sehingga Disember tahun ini, golongan yang memerlukan akan mendapat bantuan yang sewajarnya.

“Saya berharap bantuan tunai ini dapat membantu saudara dan saudari meneruskan kelangsungan hidup pada bulan-bulan mendatang, Insya-Allah.

“Saya sedar kehidupan ramai di kalangan saudara-saudari yang terjejas teruk akibat lebih setahun berperang dengan pandemik COVID-19. Walaupun berjuta rakyat Malaysia telah menerima manfaat bantuan tunai sejak Mac 2020 dan ramai lagi menerima bantuan kerajaan dalam bentuk yang pelbagai, saya faham bantuan perlu terus dipertingkat selagi kemelut ini berlanjutan,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This