PEMULIH bantu ringankan beban, beri kelegaan rakyat

Dari Penulis

PAKEJ Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin sememangnya disambut baik rakyat.

Secara umumnya, pelbagai bantuan yang ditawarkan dalam pakej bernilai RM150 bilion mampu memberi kelegaan dan meringankan bebanan ditanggung rakyat terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.

Tinjauan UtusanTV mendapati rata-rata rakyat melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan menerusi pengumuman pakej rangsangan kelapan sejak wabak itu melanda.

Peniaga kecil, Zaini Juhanan, 55, tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira ketika mendengar secara langsung pengumuman Perdana Menteri, kelmarin.

Zaini Juhanan,55.

Sebagai seorang peniaga kecil yang menyara keluarga dengan menjual nasi lemak, Zaini terharu apabila kerajaan mendengar rintihan rakyat terhimpit dengan kekangan kewangan.

Dia yang tinggal di Flat PKNS Shah Alam turut menghargai bantuan yang telah direncana kerajaan sekali gus meringankan beban ditanggungnya.

“Awal bulan ini, saya telah menerima bantuan sebanyak RM1,000. Bulan depan kami sebagai peniaga kecil akan terima lagi RM500 bantuan tambahan.

“Banyak bantuan diberikan kepada semua golongan masyarakat. Kalau nak dibandingkan dengan negara lain, saya fikir, kerajaan kita prihatin terhadap nasib rakyat. Terima kasih Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui semalam.

Bagi seorang belia, Syahir Azim, 21, turut bersyukur dan berterima kasih dengan bantuan kepada orang bujang yang diumumkan kerajaan menerusi Bantuan Khas COVID-19 (BKC).

Syahir Azim, 21, yang kini meneruskan kehidupan sebagai penghantar makanan gembira apabila Perdana Menteri mengumumkan bantuan untuk orang bujang dan moratorium pinjaman bank selama enam bulan bagi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) ketika ditemui di Shah Alam, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Syahir berkata, dia sebelum ini bekerja sebagai pegawai penyelenggara di sebuah syarikat swasta dan kini terpaksa meneruskan kehidupan sebagai penghantar makanan apabila syarikatnya ditutup sementara akibat Fasa Satu Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pada masa sama, Syahir turut berterima kasih apabila Perdana Menteri mengumumkan moratorium pinjaman bank selama enam bulan tanpa syarat.

“Alhamdulillah, walaupun bantuan kepada orang bujang tidaklah banyak, namun dapat menampung sedikit perbelanjaan harian saya.

Syahir Azim, 21, yang kini meneruskan kehidupan sebagai penghantar makanan gembira apabila Perdana Menteri mengumumkan bantuan untuk orang bujang dan moratorium pinjaman bank selama enam bulan bagi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) ketika ditemui di Shah Alam, disini semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Pengumuman moratorium yang paling saya tunggu-tunggu. Duit bulanan yang sepatutnya perlu bayar untuk pinjaman boleh saya simpan untuk keperluan apabila terdesak nanti,” katanya.

Sementara itu, Mohammed Kusnan Majudi, 60, turut gembira apabila Perdana Menteri mengumumkan pemberian diskaun bil elektrik sehingga 40 peratus.

“Ketika sekatan pergerakan ini, kita semua berkurung di rumah, jadi banyak bekalan elektrik yang digunakan.

Mohammed Kusnan Majudi,60.

“Bil elektrik pun jadi melambung tinggi, justeru diskaun yang diberi dapatlah mengurangkan sedikit perbelanjaan kami sekeluarga,” jelasnya.

Pekerja swasta, Nurul Suzana Mat Nawi, 32, pula berterima kasih apabila pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekali lagi dibenarkan kerajaan menerusi program i-Citra.

“Duit pengeluaran KWSP yang diterima nanti akan digunakan sedikit untuk keperluan harian manakala sebahagian akan disimpan.

Peruntukan sebanyak RM150 bilion yang diumumkan Perdana Menteri dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bertujuan memberi bantuan menyeluruh kepada rakyat termasuk golongan B40, M40 dan T20 dalam berdepan dengan penularan wabak Covid-19. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Selain itu, moratorium tanpa syarat yang diumumkan juga amat tepat pada waktu-waktu genting seperti ini.

“Semasa sekatan pergerakan ini, gaji saya dan suami terpaksa dipotong kerana syarikat tempat kami bekerja ditutup sementara.

“Kalau tak ada moratorium, semua nak kena bayar jadi agak membebankan kami sekeluarga,” katanya.

Peruntukan sebanyak RM150 bilion yang diumumkan Perdana Menteri dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bertujuan memberi bantuan menyeluruh kepada rakyat termasuk golongan B40, M40 dan T20 dalam berdepan dengan penularan wabak Covid-19. GAMBAR: Abd Razak Aid


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This