Tiga orang dibenarkan untuk vaksinasi, kecemasan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MUKIM di Selangor dan beberapa lokaliti dalam Kuala Lumpur akan mula menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai esok sehingga 16 Julai depan.

Pelaksanaan PKPD itu adalah untuk melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19 di kedua-dua negeri itu yang telah menyaksikan peningkatan mendadak setiap hari.

Prosedur operasi standard (SOP) bagi PKPD di Selangor dan Kuala Lumpur itu turut merangkumi hanya seorang ahli keluarga dibenarkan keluar membeli keperluan harian di samping dua orang termasuk pemandu dalam satu kereta.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan, polis bagaimanapun membenarkan pergerakan tiga orang termasuk pemandu bagi penduduk di lokaliti yang dikenakan PKPD hanya bagi urusan perubatan atau vaksinasi.

Menurut beliau, orang ramai hanya perlu menunjukkan janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang, kad janji temu atau sistem pesanan ringkas (SMS) kepada petugas di lapangan.

“Bagi kes-kes kecemasan seperti sakit dan kematian, kebenaran pergerakan akan diberikan berdasarkan kes ke kes.

Baca artikel berkaitan: Selangor, KL dilaksana PKPD hingga 16 Julai

Tidak dibenarkan keluar selepas pukul 8 malam – Ismail Sabri

“Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan bersama-sama memainkan peranan dalam usaha kerajaan bagi melandaikan lengkuk penularan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes jangkitan positif COVID-19 yang tinggi di Selangor dan Kuala Lumpur telah membuatkan kerajaan melaksanakan PKPD di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari mulai esok sehingga 16 Julai.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mukim-mukim di lapan daerah dalam Selangor serta 14 lokaliti di Kuala Lumpur terlibat dalam pelaksanaan PKPD itu.

“Data unjuran kadar nilai kebolehjangkitan di kedua-dua negeri ini masih dalam lingkungan 1.0 dan tidak menunjukkan trend penurunan.

“Situasi ini adalah membimbangkan apabila mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih ganas iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India) dan Alpha B.1.1.7 (United Kingdom),” katanya dalam kenyataan semalam.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

RUU Persaingan (Pindaan) 2026 dibaca buat kali kedua di Parlimen

MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali hari ini telah membentangkan Bacaan Kali Kedua...

More Articles Like This