LIMA negeri di Senanjung Malaysia iaitu Perlis, Kelantan, Perak, Pahang dan Terengganu akan beralih ke Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Isnin ini.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan nilai ambang di negeri-negeri berkenaan yang telah berjaya dicapai.
Beliau mengumumkan perkara itu pada sidang media bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di sini hari ini.
Tiga indikator perlu dipatuhi bagi membolehkan peralihan kepada Fasa Dua PPN iaitu purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes, kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) pada paras sederhana dan kadar vaksinasi bagi populasi yang telah menerima dua dos lengkap mencapai 10 peratus
Media melaporkan Zafrul berkata, kelima-lima negeri berkenaan mencatatkan liputan vaksin lengkap melebihi 10 peratus.
Katanya, kapasiti katil unit rawatan rapi (ICU) bagi menyediakan rawatan kepada pesakit COVID-19 di negeri terbabit turut merekodkan penyusutan daripada paras kritikal ke peringkat sederhana.
BERITA BERKAITAN Malaysia masih di Fasa 1 PPN, belum capai 3 nilai ambang utama – Ismail Sabri

