Keputusan MKT berpaksikan kemaslahatan rakyat, negara – Zahid

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEPUTUSAN Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah berpaksikan kemaslahatan rakyat dan negara.

Menurut Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan segalanya diputuskan secara berperlembagaan, musyawarah dan bijaksana.

Sehubungan itu, beliau sekali gus menafikan dakwaan bersifat propaganda dan persepsi yang kerap direka kononnya dirinya membuat keputusan sendiri untuk parti.

Kata beliau, ia juga membuktikan bahawa UMNO bukan sebuah parti yang boleh berkompromi apabila melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

“MKT UMNO telah memutuskan apa yang difikirkan perlu dilakukan demi kepentingan rakyat dan negara malam tadi.

“Beginilah keindahan UMNO parti keramat agama, bangsa dan negara. Sebuah parti demokratik berusia 75 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendakwa kenyataan dikeluarkan Ahmad Zahid tidak menggambarkan keputusan mesyuarat MKT parti tersebut.

Baca artikel berkaitan: UMNO umum tarik serta-merta sokongan terhadap Muhyiddin

Perdana Menteri, Kabinet kekal mentadbir – Peguam Negara

Ahli MKT UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin pula mendakwa Ahmad Zahid memanipulasi mesyuarat MKT supaya keputusan selari dengan kehendak peribadinya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid turut menegaskan keputusan yang dilakukan malam tadi membuktikan UMNO sebagai sebuah parti yang tegas dan jitu mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Selain itu, menurut beliau, UMNO juga mendengar suara hati akar umbi parti dan memenuhi mandat semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 lalu.

“Ternyata UMNO parti yang akan terus berpegang dan memperjuangkan prinsip demokrasi berparlimen.

“UMNO akan terus bersama rakyat walau apa cabaran dan rintangan. Demi Malaysia tercinta,” jelas beliau.

Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi memutuskan parti itu menarik sokongan kepada Perdana Menteri berkuat kuasa serta-merta.

Ahmad Zahid menjelaskan, keputusan itu dipersetujui bersama selepas UMNO mendapati Muhyiddin gagal terutama dalam mengurus ekonomi negara, pandemik COVID-19 dan bantuan kepada rakyat.

UMNO turut mendesak Muhyiddin berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang Perdana Menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad.

Tempoh Perdana Menteri yang baharu akan hanya memfokuskan usaha membantu kebajikan rakyat sepanjang pandemik, menangani COVID-19 dengan pendekatan inklusif dan memastikan proses vaksinasi serta imunisasi dapat disegerakan.

Setelah berjaya mencapai tahap imunisasi kelompok, Perdana Menteri baharu mestilah segera menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This