Selepas ASP, pegawai polis berpangkat DSP pula direman

Dari Penulis

SEMALAM, seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Suprintendan (ASP) direman selama empat hari.

Penahanannya bagi siasatan lanjut selepas disyaki terbabit dalam meminta suapan sebanyak RM200,000 daripada pasangan pengedar dadah.

Terbaru, seorang lagi pegawai kanan polis direman bagi membantu siasatan melibatkan satu kes rasuah.

Pegawai berpangkat Deputi Superintendan (DSP) direman selama lima hari mulai hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret, Mohd Dinie Shazwan Abdul Shukor di Mahkamah Majistret, Kota Bharu hari ini.

Memetik laporan Bernama, difahamkan perintah reman terbaru ini adalah susulan daripada penahanan reman seorang lagi pegawai kanan polis berpangkat ASP, semalam.

Kedua-dua suspek berusia 48 tahun.

Baca artikel berkaitan: ASP minta RM200,000 untuk lepaskan pengedar dadah ditahan SPRM Kelantan

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, Rosli Husain mengesahkan perkara itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

DBKL diberi peringatan, perketat kawal selia pembangunan berhampiran kolam takungan air

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberi peringatan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya memperketat pemantauan dan kawal...

More Articles Like This