Afgan positif Covid-19 -“Saya tak mengalami simptom mungkin sudah dapat vaksin…”

Dari Penulis

KUALA LUMPUR: Penyanyi Indonesia, Afgan, 32, mengesahkan dirinya positif Covid-19 sejak Khamis lalu.

Ketika ini, Afgan atau Afgansyah Reza sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya di Jakarta.

Walau bagaimanapun, Afgan bersyukur kerana tidak mengalami simptom mungkin disebabkan dirinya sudah mendapatkan suntikan vaksin sebelum ini.

“Saya dijangkiti Covid-19. Ini hari keempat saya dan setakat ini, saya tidak mengalami simptom. Mungkin sebab saya sudah mendapatkan suntikan vaksin.

“Jadi, kepada semua orang, tolong dapatkan vaksin Covid-19 kerana sekiranya anda dijangkiti, kesan nya tidaklah terlalu teruk ,” tulis di Instagram miliknya.

Pelantun lagu Jodoh Pasti Bertemu itu turut berkongsi video sedang melakukan aktiviti senaman di rumah.

“Beginilah rutin saya untuk kekal aktif dengan bersenam sepanjang tempoh kuarantin. Hanya senaman ringan dan mudah saja.

“Kepada anda yang dijangkiti Covid-19 tanpa sebarang simptom seperti saya, jika mahu bersenam, lakukan dengan ringan saja. Kita hanya mahu endorphin terus bekerja bukan mahu menjejaskan tubuh badan.

“Mereka yang masih sihat, terus kekal dengan gaya hidup teratur dan baik. Dan kepada yang positif Covid-19, semangt dan cepat sembuh,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This