Kes tinggi sebab peningkatan saringan, lebih 130,000 ujian dijalankan semalam – KP Kesihatan

Dari Penulis

KES harian COVID-19 mencatatkan peningkatan ketara kerana peningkatan ujian hasil saringan bertumpu (targeted screening) yang sedang giat dijalankan di seluruh negara, khususnya di Lembah Klang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah ujian harian tertinggi bagi tempoh dua minggu telah direkodkan samalam (13 Julai) iaitu sebanyak 131,706 ujian (RT-PCR dan RTK-Ag).

“Namun begitu, masih terdapat kapasiti untuk menjalankan lebih banyak ujian terutamanya di makmal-makmal swasta. Kapasiti ini akan digunapakai sebaik-baiknya bagi menjalankan lebih banyak ujian COVID-19 secara strategik,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Sementara itu, sebanyak 118 kes kematian dilaporkan hari ini yang melibatkan 46 kes di Selangor, 18 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 16 kes di Negeri Sembilan dan 13 kes di Johor.

Lima kes kematian dicatatkan di Kedah, masing-masing empat kes di Sabah dan Sarawak, masing-masing dua kes di Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan, Perak, Pahang, dan Melaka, serta masing-masing satu kes di Pulau Pinang dan Terengganu.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham berkata, sejumlah 26 kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan 15 daripadanya merupakan kluster tempat kerja.

Beliau berkata tujuh lagi kluster merupakan kluster komuniti dan kluster kumpulan berisiko tinggi (empat).

Majoriti kluster dikesan di Selangor iaitu sebanyak enam, diikuti Kuala Lumpur (empat), Johor, Kedah, Melaka dan Sarawak masing-masing tiga, Terengganu (dua) selain Pahang, Sabah dan Kelantan (satu).

Status terkini kes COVID-19 sehingga 14 Julai 2021 (12:00 tengah hari);
• Kes sembuh : 6,377 kes (759,705 kes kumulatif, 87.6%);
• Kes baharu : 11,618 kes (867,567 kes kumulatif);
• Kes import : 26 kes (14 warganegara, 12 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 11,592 kes [9,659 warganegara (83.3%); 1,933 bukan warganegara (16.7%)];
• Kes aktif : 101,359 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 878 kes;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 432 kes;
• Kes kematian : 118 kes (6,503 kes kumulatif, 0.75%; 108 warganegara, 10 bukan warganegara);
• Jumlah kluster : 3,142 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 26 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 2,266 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 876 kluster.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MARA perluas warden bekas tentera ke semua MRSM – Asyraf Wajdi

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) akan melaksanakan pengambilan warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua 58 Maktab...

More Articles Like This