Kluster pusat tahanan di N. Sembilan catat 402 kes positif

Dari Penulis

EMPAT kluster pusat tahanan antara 37 kluster baharu yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Tertinggi adalah kluster tempat kerja (19), komuniti (lapan) dan kumpulan berisiko tinggi serta pendidikan masing-masing tiga kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster pusat tahanan Bakti 2 di Negeri Sembilan mencatatkan 402 kes daripada 639 yang disaring.

Katanya, kluster berkenaan melibatkan daerah Seremban dan Rembau manakala tiga lagi kluster berkenaan melibatkan dua di Johor dan satu di Kedah.

“Kluster pusat tahanan Kolam Air 2 (Kota Setar, Kubang Pasu dan Pendang) melaporkan 94 kes manakala Temboh Coh 3 (Johor Bahru) pula mengesan sebanyak 79 kes daripada 110 yang disaring.

“Satu lagi ialah Tembok Tawakan Kluang yang menyaksikan 49 kes positif daripada 79 yang disaring,” ujarnya.

Baca artikel berkaitan: 12,541 kes baharu, hari keempat berturut lepasi angka 10,000

51.9 peratus kes baharu tidak bergejala, 115 kematian

Sementara itu, katanya, kluster komuniti Jalan Bangsar di ibu negara melaporkan 131 kes positif daripada 518 yang disaring.

Keseluruhannya kata beliau, Johor melaporkan jumlah kluster tertinggi hari ini dengan lapan kluster, Selangor (lima) dan pulau Pinang (empat).

Katanya, ketika ini terdapat 893 kluster aktif.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Dakwaan azan subuh ganggu tidur’ insiden lama, telah lalui proses tindakan

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih susulan penularan...

More Articles Like This