Tiada isu Pfizer ganti Sinovac, tempahan selesai dihantar – KJ

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TIADA isu berbangkit kononnya bekalan vaksin jenis Sinovac dihentikan dan digantikan dengan Pfizer kerana tempahan untuk vaksin keluaran China itu sebenarnya telah selesai dihantar Pharmaniaga Berhad.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin turut menegaskan ia juga tiada kaitan dengan kadar keberkesanan vaksin jenis Sinovac.

Kata beliau, semua tempahan bagi Sinovac berjumlah 12 juta dos yang dilakukan kerajaan akan habis dibekalkan menjelang hujung bulan ini.

Khairy turut memaklumkan, beliau dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba telah bersetuju untuk menambah tiga juta dos Sinovac menjadikan keseluruhan sebanyak 15 juta ditempah kerajaan.

“Tambahan tiga juta ini juga akan selesai dihantar pada akhir Julai atau awal Ogos dan selepas itu memang kita di bawah PICK akan menggunakan Pfizer.

Baca artikel berkaitan: Kelantan guna vaksin Pfizer ganti Sinovac

“Cuma, kita akan simpan stok Sinovac bagi mereka yang mempunyai alahan dan tidak boleh menerima vaksin jenis Pfizer.

“Bagi bulan Ogos dan seterusnya, Sinovac hanya akan dibekalkan melalui pasaran swasta,” katanya dalam sidang akhbar mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, penyelesaian penghantaran awal daripada pihak Pharmaniaga itu adalah selepas rundingan semula yang dilakukan kerajaan.

Sebelum ini, beliau berkata, rancangan bekalan asal yang telah dipersetujui adalah penghantaran sehingga bulan November.

“Cuma setelah kita runding semula dengan Sinovac dan Pharmaniaga untuk kita percepat proses vaksinasi, kita telah menjadi antara yang terpantas di dunia sekarang.

“Maka, semua dah selesai dihantar pada akhir bulan ini. Sebab itulah bekalan Pfizer akan menjadi vaksin paling banyak digunakan mulai Ogos ini melalui PICK,” jelas beliau.

Semalam, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) memutuskan untuk menghentikan pengagihan vaksin Sinovac dan menggantikannya dengan Pfizer.

Bermula Ahad ini, penduduk Kelantan khasnya penerima dos pertama vaksin tidak lagi menerima vaksin Sinovac di semua pusat pemberian vaksin (PPV).

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Zaini Hussin, bekalan vaksin Sinovac akan ditamatkan mulai akhir Julai ini.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This