Aidiladha: Dokumen MITI ‘tak laku’ rentas negeri 4 hari

Dari Penulis


SEMUA sekatan jalan raya (SJR) di sempadan diarah tidak menerima dokumen dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi tujuan merentas negeri bagi tempoh 18 hingga 21 Julai ini.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ini selepas pihaknya mengesan peningkatan jumlah kenderaan di lebuh raya untuk tempoh dua hari kebelakangan ini.

Acryl Sani Abdullah Sani

“Bagi mengelakkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kebenaran surat MITI sebagai kelulusan merentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidiladha, semua sekatan jalan raya di sempadan negeri diarah untuk meningkat penguatkuasaan.

“Untuk itu, semua SJR di sempadan diarah tidak menerima dokumen terbabit sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh 18 hingga 21 Julai ini untuk tujuan merentas negeri,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Acryl Sani dalam pada itu menjelaskan, larangan terbabit bagaimanapunbtidak terpakai bagi urusan kecemasan dengan kebenaran polis serta urusan kesihatan termasuk vaksinasi.

Beliau menegaskan, mana-mana pihak yang didapati melanggar larangan itu akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi.

“Masyarakat dinasihat untuk bersama memainkan peranan dalam melandaikan lekuk jangkitan wabak Covid-19,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This