Guna IC orang lain untuk dapatkan vaksin, wanita Indonesia didakwa

Dari Penulis

SATU laporan polis dibuat pada 7 Julai lalu oleh seorang wanita di Perak selepas dimaklumkan sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Sinovac di Jeli, melalui aplikasi MySejahtera, sedangkan dia masih belum divaksinasi.

Hari ini, individu yang menggunakan kad pengenalannya untuk mendapatkan vaksin itu didakwa di Mahkamah Majistret Jeli.

Pelakunya adalah seorang wanita Indonesia, Yanik Setia Pratiwi, 36, dan dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Jeli pada 13 Jun dan 4 Julai lepas.

Akibatnya wanita warga asing itu dipenjara 12 bulan oleh Majistret, Mohamad Nasrudin Mohamed.

Mengikut pertuduhan, Yanik didakwa atas dua pertuduhan telah menggunakan kad pengenalan milik Nor Athirah Zaiki, 26, untuk mendapatkan dua suntikan vaksin.

Pertuduhan mengikut Peraturan-peraturan 25(1)(c) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

Bagi setiap kesalahan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan. Yanik gagal membayar denda tersebut.

Di mahkamah sama suami Yanik, Amiruzaman Ab Rahmad, 59, yang merupakan warga tempatan, juga didenda RM2,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan bersubahat dengan isterinya melakukan perbuatan itu di tempat dan masa sama.

Baca artikel berkaitan: UK beli sampai 500 juta dos vaksin, apa mereka nak buat?

Warga asing tanpa dokumen tak perlu takut terima vaksin

Pertuduhan mengikut Peraturan-peraturan 25(1)(m) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

Lelaki itu membayar denda seperti dipetik daripada Bernama.com

Mengikut fakta kes, kegiatan pasangan suami isteri itu terbongkar selepas Nor Athirah yang berasal dari Perak, membuat laporan polis pada 7 Julai, selepas dimaklumkan sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Sinovac di sini, melalui aplikasi MySejahtera, sedangkan dia masih belum divaksinasi.

Ketika rayuan, mereka yang diwakili peguam Asmadi Abu Bakar memohon mahkamah supaya mengenakan hukuman denda paling minimum tanpa pemenjaraan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Ho Zee Xing memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada mereka dan orang awam.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Nasib Syed Saddiq sama ada kekal bebas atau dipenjara diketahui hari ini

NASIB Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada kekal bebas atau dijatuhi hukuman penjara akan diketahui...

More Articles Like This