[VIDEO] PIKAS: Lebih 14,000 syarikat sudah mendaftar

Dari Penulis

SEBANYAK 14,933 syarikat telah mendaftar dalam Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) dengan lebih 230,000 pekerja sektor pembuatan sudah pun menerima dos pertama vaksin COVID-19.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu hantaran Facebook hari ini mengatakan kesemua pekerja yang menerima dos pertama itu dilaksanakan di 32 Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Setiap PPV tersebut akan melalui proses audit yang ketat oleh MITI dan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) sebelum dibenarkan beroperasi.

PIKAS adalah program imunisasi kerjasama awam-swasta yang telah dilancarkan sebagai Fasa 4 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bertujuan untuk membantu mempercepatkan vaksinasi dalam kalangan rakyat, dengan menyasarkan tenaga kerja dalam sektor-sektor pembuatan kritikal.

Program tersebut diperkenalkan berikutan cadangan daripada persatuan industri, dewan perdagangan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang ingin mempercepatkan vaksinasi bagi pekerja di dalam sektor pembuatan agar mereka kekal berasa selamat di tempat kerja dan terhindar daripada bahaya COVID-19.

Baca artikel berkaitan: 10.301 juta terima dos pertama, 299,593 diberi semalam

PIKAS mempunyai matlamat untuk mempercepatkan proses vaksinasi pekerja dengan matlamat mencapai sekurang-kurangnya dua juta orang pekerja di dalam sektor pembuatan menjelang penghujung suku ketiga tahun ini.

Melalui PIKAS, kerajaan akan memberikan vaksin secara percuma, manakala pihak swasta akan menguruskan pentadbiran PPV termasuk penglibatan perkhidmatan perubatan swasta.

Majikan perlu menanggung sepenuhnya kos pentadbiran bagi vaksinasi pekerja dan tidak dibenarkan untuk memindahkan kos tersebut dengan menolak gaji pekerja walaupun pekerja tidak lagi berkhidmat dengan syarikat selepas mendapat dos vaksinasi pertama.

Syarikat yang berminat untuk menyertai PIKAS boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui www.miti.gov.my. 

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This