Buang anak setahun 9 bulan dalam longkang, ibu tunggal didakwa cuba bunuh

Dari Penulis

SEORANG ibu tunggal didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas tuduhan cuba membunuh anak perempuannya, pada 13 Julai lalu.

Tertuduh, Syarifah Norain Mohamad Zali, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Syarifah Norain yang tidak bekerja didakwa cuba membunuh anak perempuannya berusia setahun sembilan bulan, dengan membuangnya ke dalam longkang di Lorong Pandan pada pukul 8.40 malam, 13 Julai.

Baca artikel berkaitan: Kisah ibu tunggal: Seorang didakwa gubah wang haram RM1 juta, seorang lagi dakwa dirogol di pusat kuarantin

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Dalam satu lagi pertuduhan, lapor Bernama, Syarifah Norain mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada anak yang sama pada pukul 9.40 malam di tempat serta tarikh yang sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nabilalif Mohd Rosli menawarkan jaminan RM25,000 bagi kedua-dua pertuduhan ke atas Syarifah Norain, yang tidak diwakili peguam.

Hakim kemudian membenarkan ikat jamin drbanyak RM12,000 dan menetapkan 26 Ogos depan, untuk fakta hukuman serta pengurusan kes.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This