17,045 jangkitan hari ini, kes kumulatif lepasi satu juta

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEJAK pertama kali dilaporkan pada 25 Januari lalu, tiada siapa menjangka jangkitan COVID-19 akan terus melonjak.

Namun begitu, sehingga kini kes kumulatif jangkitan COVID-19 terus mencatatkan jumlah menakutkan apabila telah pun melepasi angka satu juta.

Mimpi ngeri seluruh penduduk negara akhirnya menjadi kenyataan apabila lebih satu juta jangkitan telah pun dilepasi setakat ini dan mungkin akan meningkat lagi selepas ini.

Sebanyak 1.013 juta kes telah pun dilaporkan setakat ini dengan hari ini negara sekali lagi merekodkan jumlah tertinggi.

Dalam tempoh 24 jam, kadar jangkitan naik lagi sehingga mencecah 17,045 berbanding 15,902 kes baharu semalam.

Hari ini, lebih 10,000 kes telah dikesan di Lembah Klang dengan Selangor terus mencatatkan kadar tertinggi iaitu 8,500 jangkitan.

Ia diikuti 2,045 jangkitan baharu di Kuala Lumpur.

Lebih membimbangkan, kebanyakan negeri lain turut merekodkan lonjakan jangkitan harian baharu.

Baca artikel berkaitan: 15,902 kes baharu, rekod tertinggi

Buat pertama kali, Kedah mencatatkan kadar empat angka kes baharu kepada 1,216 hari ini berbanding 867 yang direkodkan semalam.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kes baharu di Johor turut meningkat kepada 950 manakala Sabah mencatatkan 818 jangkitan.

Kata beliau, Sarawak juga naik sedikit 407 sama seperti Pulau Pinang yang meningkat kepada 573 kes hari ini.

Jangkitan baharu di Perak mencatatkan 609 manakala Pahang (424) dan Terengganu pula 273 kes.

Bagaimanapun, trend penurunan dapat disaksikan di Negeri Sembilan apabila mencatatkan 513 kes.

Beberapa negeri lain turut susut termasuk Kelantan (266) dan Melaka sebanyak 370 kes baharu.

Labuan dan Putrajaya turut mencatatkan penurunan jangkitan harian dengan masing-masing merekodkan 21 dan 50 kes hari ini.

Sementara itu, Perlis merekodkan 10 jangkitan baharu.

Berikut pecahan kes mengikut negeri:

Sehingga 25 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 17,045 kes (1,013,438 kes).
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 8,500 (367,469)
WPKL – 2,045 (110,051)
Johor – 950 (84,258)
Sabah – 818 (79,470)
Sarawak – 407 (73,986)
Negeri Sembilan – 513 (66,615)
Pulau Pinang – 573 (42,097)
Kelantan – 266 (39,673)
Kedah – 1,216 (38,477)
Perak – 609 (33,919)
Melaka – 370 (28,094)
Pahang – 424 (21,387)
Terengganu – 273 (14,318)
WP Labuan – 21 (9,599)
WP Putrajaya – 50 (3,367)
Perlis – 10 (658)

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ dilancar suku keempat, pelaksanaan terus rancak

PELAKSANAAN Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berjalan mengikut landasan, dengan Pelan Induk inisiatif itu dijadual dilancarkan secara strategik pada...

More Articles Like This