Ahmad Zahid jalani kuarantin kendiri, kerja seperti biasa

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah selepas dilaporkan merupakan antara satu daripada tiga Ahli Parlimen yang disahkan positif COVID-19 semalam.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk tidak mengesahkan sama ada beliau benar-benar disahkan positif atau menjalani kuarantin kendiri akibat kontak rapat.

Pada masa sama, beliau turut memaklumkan tidak mengalami demam, bantuk, selesema atau apa-apa gejala lain.

Ahmad Zahid berkata, beliau akan terus berkhidmat dengan kapasiti yang ada dan turut memohon sokongan serta doa untuk terus berjuang.

“Saya faham ramai tertanya-tanya mengenai keadaan saya selepas mendengar berita yang di luar jangkaan.

“Syukur Ahlhamdulillah saya berada dalam keadaan baik tanpa sebarang simptom tidak diingini.

“Sekarang ini saya menjalani kuarantin kendiri dan bekerja seperti biasa secara dalam talian. Bagaimanapun, iltizam saya untuk rakyat dan negara tidak akan sesekali goyah. Insya-Allah,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook miliknya.

Baca artikel berkaitan: 3 ahli Parlimen, 35 kakitangan Parlimen positif Covid-19

95 peratus ahli Parlimen lengkap dua dos vaksin – Speaker

Ahmad Zahid dikatakan merupakan seorang daripada tiga ahli Parlimen yang didapati positif COVID-19 semasa menjalani ujian saringan, Jumaat lalu.

UtusanTV malam tadi melaporkan tiga ahli Parlimen itu turut menjadi kontak rapat kepada empat ahli Parlimen lain dan kesemua mereka perlu menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.

Selain itu, sumber turut memaklumkan, seramai 35 petugas Parlimen juga telah didapati positif COVID-19.

Kelmarin, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, sebanyak 95 peratus Ahli Parlimen sudah menerima dua dos vaksinasi dengan 35 lagi pula mendapat sekurang-kurangnya satu dos sebelum Sidang Khas Parlimen bermula esok.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tiada kos tambahan LRT3 walaupun lewat siap, kontraktor dikenakan denda RM2.729 juta sehari – Loke

KERAJAAN menegaskan projek Transit Aliran Ringan Laluan Shah Alam (LRT3) tidak membabitkan sebarang pertambahan kos meskipun berlaku kelewatan menyiapkan...

More Articles Like This