Parlimen perlu bahas Proklamasi Darurat dan Pelan Pemulihan Negara – Asyraf Wajdi

Dari Penulis

PARLIMEN yang akan bermula esok sehingga 2 Ogos mesti membenarkan Ahli-Ahli Parlimen untuk membahaskan dan menentukan kelulusan sekurang-kurangnya dua usul besar iaitu Proklamasi Darurat dan ordinan-ordinannya serta Pelan Pemulihan Negara beserta pakej-pakej bantuan rakyat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Ordinan Darurat wajar dibahas dan ditolak kerana bukan sahaja gagal dan lebih memudaratkan, bahkan rakyat diperlaku zalim dengan kompaun melampau hingga RM10,000 dan bersifat pilih kasih.

Beliau berkata, Pelan Pemulihan Negara dan pakej bantuan rakyat juga dibahas dengan melakukan penambahbaikan termasuk pakej i-Citra RM10,000 one-off, moratorium tanpa faedah terakru, moratorium LPPSA, tambahan nilai BPN/BKC, isu birokrasi dalam proses permohonan dan rayuan, bantuan khas peniaga kecil yang gulung tikar dan lain-lain.

“Selain dua rasional di atas, sudah tentu ada sebab apabila Yang di-Pertuan Agong bertitah berkali-kali agar Parlimen bersidang dan membahaskan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara. Secara tersiratnya Tuanku Agong dan Raja-Raja Pemerintah juga amat memahami suara keresahan rakyat yang dibangkitkan selama ini,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

BERITA BERKAITAN Parlimen: Sidang khas 26 Julai, persidangan penuh bermula 6 September

Katanya, pakar-pakar perundangan dan perlembagaan juga telah menegaskan keperluan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat diperbahaskan dan ditentukan kelulusan dan pembatalannya oleh Ahli-Ahli Parlimen.

Asyraf Wajdi memetik Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutan yang menyatakan: “Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau ordinan itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelumnya menurut kuasa Proklamasi atau ordinan itu atau tanpa menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan suatu Proklamasi baru di bawah Fasal (1) atau memasyhurkan apa-apa ordinan di bawah Fasal (2B).”

Sehubungan itu, katanya, kerajaan melalui Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Parlimen mesti membenarkan Usul Proklamasi dan Ordinan-Ordinan Darurat diperbahaskan dan dilakukan pengundian oleh Ahli-Ahli Parlimen bagi memenuhi hak berperlembagaan yang juga membawa suara rakyat secara rasmi di dalam Parlimen.

“Kegagalan melakukannya bukan sahaja boleh dianggap menderhakai Titah Yang di-Pertuan Agong, malah lebih berat lagi melanggar sumpah setia jawatan Ahli Parlimen untuk “memelihara, melindungi dan mempertahankan” Perlembagaan Persekutuan!,” katanya. – UtusanTV

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This