Pandelela layak ke final 10m platform individu wanita

Dari Penulis

RATU terjun negara, Pandelela Rinong layak memasuki peringkat akhir pertandingan 10 meter platform individu wanita Sukan Olimpik Tokyo selepas mencatatkan kejayaan cemerlang dalam pertandingan separuh akhir.

Beliau yang juga merupakan atlet kelahiran Sarawak berjaya menduduki di tempat ketujuh dalam acara itu yang diadakan di Tokyo Aquatics pagi ini.

Pandalela yang berjaya meraih kutipan mata 315.75 akan bersama-sama 12 peserta lain bertanding dalam acara peringkat akhir yang dijadualkan petang ini.

Saingan separuh akhir tadi diungguli penerjun China, Quan Hongchan yang mengumpul 415.65 mata keseluruhan manakala rakan sepasukannya, Chen Yuxi di tempat kedua, 407.75 mata.

Berada di tempat ketiga adalah penerjun Amerika Syarikat, Delaney Schnell yang mengumpul 342.75 mata. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This