Inisiatif vaksinasi walk-in diperluas seluruh negara

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

INISIATIF vaksinasi secara walk-in yang sedang dilaksanakan di Lembah Klang akan diperluas ke pusat-pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara dalam masa terdekat.

Buat masa ini, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) berkata, beberapa negeri termasuk Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Sarawak telah memulakan inisiatif tersebut kepada warga emas.

Selain itu, CITF memaklumkan Kelantan juga telah membuka secara pra tempahan.

Walau bagaimanapun, kata CITF, vaksinasi secara walk-in dikhususkan kepada beberapa kumpulan tertentu termasuk warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan individu dengan komorbid berusia 18 tahun ke atas.

“Bagi individu yang terlepas suntikan dos kedua, mereka boleh pergi ke mana-mana PPV yang berhampiran dengan kediaman.

“Sekiranya PPV tersebut tidak menawarkan vaksin daripada jenis yang sama dengan dos pertama, mereka akan dirujuk ke PPV lain.

“Guru, anggota kumpulan pelaksana dan pekerja perkhidmatan sokongan kontrak pula mendapatkan vaksinasi di institusi pendidikan Kementerian Pendidikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Warga emas boleh walk-in terima vaksin mula minggu depan

Menurut CITF, perincian pelaksanaan vaksinasi secara walk-in akan dimaklumkan oleh CITF negeri bersama Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing.

Katanya, ia termasuk penjadualan vaksinasi dan kuota harian vaksinasi secara walk-in di PPV bagi setiap negeri.

Bagi penduduk Lembah Klang yang tidak tergolong dalam mana-mana kategori berkenaan pula, CITF memberitahu perlu pergi ke PPV yang telah disenaraikan sebelum ini yang kini telah dibenarkan mengikut waktu operasi PPV dan tidak lagi bermula hanya pukul 2 petang.

Sementara itu, CITF memaklumkan wanita hamil tidak digalakkan untuk walk-in sebaliknya akan diberikan janji temu melalui MySejahtera mengikut jangkaan tarikh bersalin ke PPV yang bersesuaian.

“CITF juga ingin memaklumkan bahawa jumlah walk-in harian adalah bergantung kepada kapasiti bekalan vaksin di PPV.

“Mereka yang tidak berpeluang mendapat vaksinasi pada hari tersebut ekoran kehabisan bekalan vaksin, nama mereka akan disenaraikan sebagai keutamaan untuk mendapatkan vaksinasi pada keesokan harinya,” jelasnya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This