MPN perlu dianggotai menteri untuk lancarkan pelaksanaan keputusan – Marzuki

Dari Penulis

SELAIN pakar dan golongan profesional, Majlis Pemulihan Negara (MPN) perlu dianggotai oleh menteri yang berada dalam kerajaan bagi melancarkan pelaksanaan sebarang keputusan yang diambil oleh majlis tersebut.

Ketua Setiausaha Perdana Menteri, Datuk Dr. Marzuki Mohamad berkata, perjalananan pentadbiran harian kerajaan dilaksanakan oleh Jemaah Menteri dan apabila MPN membuat apa-apa keputusan, keputusan itu hendaklah dilaksanakan oleh seorang menteri dan kementerian yang bertanggungjawab.

“Maka wajiblah menteri yang berkenaan menjadi anggota tetap MPN atau hadir atas jemputan dalam mana-mana mesyuarat MPN apabila perkara yang berkaitan dengan kementeriannya dibincang dalam mesyuarat MPN,” katanya dalam Facebook miliknya sebagai mengulas mengenai cadangan sesetengah pihak yang ahli politik tidak perlu terlibat dalam majlis tersebut.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau:

“ADA pihak yang mencadangkan supaya Majlis Pemulihan Negara (MPN) hanya dianggotai oleh kumpulan profesional. Ahli politik tak boleh jadi ahli.

Saya nak jelaskan sedikit bagaimana sistem kerajaan berfungsi.

Ahli politik yang menganggotai MPN adalah atas kapasiti mereka sebagai Menteri. Bukan Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan parti politik.

Kenapa mereka mesti ada di situ?

Sebab merekalah yang akan melaksanakan segala keputusan yang akan dibuat oleh MPN.

Ingat, kuasa Eksekutif Persekutuan terletak hak pada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan boleh dilaksanakan oleh Baginda Tuanku atau oleh Jemaah Menteri menurut peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

Perjalananan pentadbiran harian kerajaan (day to day running of the government) dilaksanakan oleh Jemaah Menteri.

Jadi apabila MPN membuat apa-apa keputusan, keputusan itu hendaklah dilaksanakan oleh Menteri dan kementerian yang bertanggungjawab.

Maka wajiblah Menteri yang berkenaan menjadi anggota tetap MPN atau hadir atas jemputan dalam mana-mana mesyuarat MPN apabila perkara yang berkaitan dengan kementeriannya dibincang dalam mesyuarat MPN.

Dalam mesyuarat MPN yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri semalam, ada satu kertas yang dibentangkan oleh Menteri dan dua kertas yang dibentangkan oleh wakil kumpulan professional.

Ketiga-tiga kertas ini dibincang dan dibahas oleh semua anggota yang hadir, termasuk oleh kumpulan pakar dan professional. Perdana Menteri
dan menteri-menteri banyak mendengar pandangan kumpulan pakar dari pelbagai bidang dalam membuat keputusan dan rumusan.

Banyak idea yang disampaikan oleh mereka mengenai usaha menangani pandemik, vaksinasi, bantuan kepada golongan yang terjejas, pembukaan sektor ekonomi, sosial dan lain-lain.

Pandangan yang disampaikan ini menjadi sebahagian daripada keputusan untuk dilaksanakan oleh kerajaan.

Bayangkan jika MPN ini hanya dianggotai oleh kumpulan pakar dan professional sahaja tanpa melibatkan Perdana Menteri dan Menteri?

Siapa yang nak melaksanakan segala pandangan yang disampaikan dan keputusan yang dibuat?

Ya, majlis itu boleh berbincang dan berbahas mengenai macam-macam perkara, tetapi ke mana nak dibawa pandangan-pandangan itu untuk dilaksanakan? Bukankah kepada kerajaan juga akhirnya?

Pada saya, kita perlu jelas bagaimana sistem kerajaan berfungsi.”

Marzuki Mohamad
Ketua Setiausaha Perdana Menteri


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This