Azizulhasni mara ke separuh akhir, Shah Firdaus terkandas

Dari Penulis

PELUMBA berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir acara keirin.

Pada sangan suku akhir heat 3 sebentar tadi, pelumba kelahiran Dungun itu menduduki tempat kedua.

Acara separuh akhir keirin lelaki akan berlangsung kira-kira jam 10.10 pagi ini.

Seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terkandas di suku akhir.

Baca artikel berkaitan: Shah Firdaus dikejarkan ke hospital selepas perlumbaan, mengadu sakit rusuk kiri

Tiga terbaik pada saingan separuh akhir yang berlangsung dalam dua heat akan mara ke final.

Final dijadualkan berlangsung kira-kira 40 minit selepas berakhir separuh akhir heat 2.

Azizulhasni yang merupakan pemenang pingat gangsa di Olimpik Rio 2016 menjadi taruhan Malaysia bagi melihat satu lagi pingat buat negara.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This