Polis kesan sekumpulan penunggang basikal halang, kerumuni kereta di Shah Alam

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

POLIS sedang mengesan sekumpulan penunggang basikal yang didakwa menghalang laluan dan seolah-olah mengerumuni sebuah kereta di Persiaran Dato Menteri, Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan, aksi yang dilakukan sekumpulan penunggang basikal itu telah dirakam kamera papan pemuka sebuah kereta dan turut dimuat naik di beberapa platform media sosial.

Menurut Mohd Iqbal, kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.30 malam di Persiaran Dato Menteri berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Muda, Shah Alam.

“Kamera papan pemuka sebuah kereta itu merakamkan tindakan sekumpulan penunggang basikal yang menunggang di lorong kiri dan kanan.

Baca artikel lain: Kes rasuah RM635,000: SPRM tahan 2 lagi anggota polis

“Tindakan itu telah menyebabkan pemandu kereta terpaksa memperlahankan kenderaan akibat terhalang oleh kumpulan penunggang basikal terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Iqbal berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah 42 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan LN 166/1959.

Beliau berkata mana-mana saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungipegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di 019-7757354.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Alwiyah Talib umum keluar Bersatu, kembali bersama UMNO

PENYANDANG kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Alwiyah Talib mengumumkan peletakan jawatan di dalam Bersatu dan keluar daripada parti...

More Articles Like This