Ditawar rasuah sokong PN, SPRM sudah temui 3 Ahli Parlimen DAP

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menemui tiga ahli Parlimen DAP yang mendakwa ditawarkan rasuah seperti wang dan jawatan oleh sesetengah pihak untuk mereka menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menerusi satu kenyataan, SPRM menjelaskan pihaknya memandang serius mengenai tohmahan yang mendakwa beberapa orang ahli Parlimen ditawarkan rasuah.

“Sehingga kini, SPRM sudah menemui tiga ahli Parlimen DAP berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai tohmahan tersebut.

“Setakat ini, SPRM tidak dapat mengenal pasti identiti sebenar pemilik nombor telefon yang menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp tersebut kepada ahli-ahli parlimen berkenaan.

“Bagaimanapun, SPRM memberi jaminan akan terus menjalankan siasatan dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini,” kata suruhanjaya itu.

Terdahulu, Polis Perak telah menghantar laporan yang diterima daripada setiausaha sulit Ahli Parlimen Ipoh Barat, berkaitan mesej yang disyaki berunsur rasuah melalui dua nombor telefon yang tidak dikenali kepada SPRM.

Baca artikel berkaitan: Ditawar jawatan menteri: SPRM akan panggil Kulasegaran dan setiausaha

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima laporan itu pada kira-kira pukul 1.56 petang Sabtu lepas.

“Laporan itu dibuat berkaitan mesej yang disyaki berunsur rasuah, melalui dua nombor telefon yang tidak dikenali pada Jumaat lepas kira-kira pukul 10.30 malam, dan ada dua lagi laporan polis telah dibuat di Kedah serta Pulau Pinang berkaitan perkara yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu beliau berkata, pihaknya menghantar laporan polis berkenaan kepada pihak SPRM Negeri Perak untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan dengan kes ini, memandangkan ia masih dalam siasatan pihak SPRM bagi mengelakkan daripada mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.

Pada Sabtu lepas, Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran dilaporkan hadir bersama Setiausaha Sulitnya Jeremy Chuah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, bagi membuat laporan polis berhubung dakwaan terdapat individu tidak dikenali cuba menyogoknya menyokong PN, dengan menawarkan habuan wang tunai.

Turut membuat dakwaan sama dua lagi Ahli Parlimen, masing dari Melaka dan Sarawak.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

DBKL diberi peringatan, perketat kawal selia pembangunan berhampiran kolam takungan air

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberi peringatan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya memperketat pemantauan dan kawal...

More Articles Like This