30 lokaliti di Perak, Kelantan dan Sabah dikenakan PKPD, termasuk 23 kampung Orang Asli

Dari Penulis

SEBANYAK 30 lagi lokaliti di Perak, Kelantan dan Sabah akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Isnin ini susulan peningkatan kes positif COVID-19.

Pelaksanaan perintah tersebut turut melibatkan 23 lokaliti Perkampungan Orang Asli di Perak – antara jumlah terbesar perkampungan tersebut pernah dikenakan PKPD serentak.

Perkara berkenaan diumumkan Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hishammuddin, pelaksanaan PKPD di kesemua 30 lokaliti itu akan dikuatkuasakan selama dua minggu bermula Rabu ini sehingga 22 Ogos depan.

Selain di 23 lokaliti perkampungan orang Asli di daerah Batang Padang, PKPD di Perak turut melibatkan kawasan Taman Meru 2B, Kinta.

Sementara di Kelantan, PKPD dikenakan di Taman Sri Bayu, Tumpat, Kelantan.

Selain itu, Hishammuddin berkata, PKPD juga akan dilaksanakan di dua dalam daerah Tawau, Sabah melibatkan PPR Taman Sri Balung dan PPR Taman Sri Titingan.

Tiga lagi lokaliti di Sabah melibatkan Kem 2 Tolokoson, Tenom; Kampung Kota Tuaran, Tuaran; dan Kampung Sarikan, Nabawan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This