Shuib tak sabar nak sentuh, pegang Ayash Affan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BUAT pertama kalinya, pelawak yang juga suami kepada Allahyarham Siti Sarah, Shuib akan bertemu dengan anak bongsunya, Ayash Affan pada esok hari di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Kuala Lumpur.

Shuib berkongsi berita gembira itu ketika majlis tahlil dan bacaan Yassin untuk arwah isterinya yang diadakan secara maya, malam tadi.

“Insya-Allah, kalau ada rezeki, esok saya akan ke HCTM untuk melihat Ayash Affan buat pertama kalinya. 

“Anak-anak pun asyik bertanya. Insya-Allah, kalau ada rezeki esok, saya tak sabar nak tengok dia dan memegang dia.

“Tapi saya sangat sedih sebab ibunya tidak sempat untuk bertemu dengannya.

Sementara itu,berkongsi mengenai hari pertamanya tanpa bidadari syurganya, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, tidak menafikan rasa rindu yang memberat adalah satu perasaan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

“Tipulah kalau saya cakap saya okey. Memang satu keadaan yang sangat pelik sebab sebelum ini, walaupun dia tak ada di rumah, tapi sekurang-kurangnya, saya tahu dia ada di hospital.

“Tapi, (hari pertama dia tiada) bila saya turun ke bawah, saya tahu dia memang dah tak ada. Cuma, bila rindu, perihal itu jadi sesuatu yang agak berat. Insya-Allah, masa akan mengubati dan rindu akan kekal selamanya,” luahnya

Disoal mengenai penerimaan ketiga-tiga anaknya mengenai ketiadaan ibu mereka, menurut Shuib, mereka semakin memahami dan faham.

“Anak yang ketiga, Ariq Matin anggap perut ibu dia umpama bantal. Semalam, saya tidurkan dia dekat bawah ketiak saya. Saya ingat dia dah tidur sebab diam saja.

“Tiba-tiba, dia kata, ‘Matin rindu ibu’. Itulah antara cabaran sebagai bapa. Itu memang lumrah manusia untuk rasa rindu. Tapi saya percaya mereka dah mula faham yang ibu mereka sudah tiada,” katanya.

Shuib dan Allahyarham Siti Sarah bernikah pada 26 Februari 2011 dan dikuniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Iklan promosi ‘kegemaran M.Nasir’ tanpa kebenaran, Grab kena saman RM5 juta

SIAPA yang tidak kenal dengan susuk tubuh maestro muzik legenda tanah air, Datuk M. Nasir? Sentiasa tampil tenang dan...

More Articles Like This