Apa salah tanya ‘what’s next’, ini bukan main golf – Ketua Pemuda UMNO Simpang Renggam

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“APA salahnya tanya Presiden ‘what’s next’ untuk tahu langkah seterusnya, ini bukan main golf yang strategi hanya seorang sahaja tahu.”

Demikian kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Simpang Renggam, Mohd. Faizal Md. Said yang menegaskan Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi wajar menjelaskan strategi seterusnya selepas menarik sokongan daripada Perikatan Nasional (PN).

Menurut Mohd. Faizal, bukan sahaja kepemimpinan tertinggi tetapi akar umbi juga keliru dan menantikan penjelasan langkah seterusnya dirancang Ahmad Zahid.

Kata beliau, mengikut perkiraan mana pun, UMNO tidak akan mampu menjadi kerajaan semula jika PN dijatuhkan.

“Apa yang dilakukan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah bertanya langkah seterusnya sekiranya PN dijatuhkan. Pada saya tiada salahnya soalan itu ditanyakan.

“Analoginya begini, kita sebagai satu pasukan bola sepak perlu faham strategi apa nak dimainkan. Jika Ismail Sabri yang juga Timbalan Perdana Menteri tidak tahu, apa lagi kami di akar umbi.

Baca artikel berkaitan: ‘What’s next’ mahu timbul syak wasangka – Zahid

“Kebimbangan saya apabila menteri dari UMNO meletakkan jawatan dan PN tumbang, adakah UMNO boleh menjadi kerajaan semula?,” soalnya ketika dihubungi UtusanTV hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Faizal juga memahami dilema dihadapi menteri-menteri UMNO termasuk Ismail Sabri yang masih mempertahankan PN kerana mengambil kira kepentingan rakyat.

Katanya, dalam keadaan pandemik ketika ini, dengan rakyat dihimpit pelbagai masalah, penting bagi kerajaan melaksanakan dasar membantu rakyat.

“Jika kerajaan dijatuhkan, ia akan mengambil masa lama untuk membentuk kerajaan baharu dan bakal menyulitkan lagi hasrat kita menangani pandemik ini.

“Saya juga kesal apabila Ahmad Zahid seolah-olah membiarkan sahaja menteri-menteri UMNO ini bersendirian sedangkan mereka memikirkan tentang rakyat,” jelas beliau.

Terdahulu, Ahmad Zahid dalam kenyataan kesal dengan tindakan yang disifatkan menimbulkan syak wasangka terhadap ketetapan parti tersebut.

Beliau berkata keputusan MKT sudah menegaskan bahawa  UMNO mendesak Muhyiddin berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang Perdana Menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This