Asyik berparti liar di kondominium, polis tahan 18 individu termasuk empat wanita asing

Dari Penulis

WALAUPUN dikenakan bayaran RM150 bagi sewaan satu bilik selama tiga jam, itu bukan halangan bagi sesetengah individu untuk berhibur.

Dalam satu serbuan polis di sebuah kondominium di Jalan Metro Prima Barat, awal pagi ini, sebanyak 18 individu termasuk tujuh wanita dengan empat daripadanya wanita warga asing dipercayai sedang asyik menyertai parti ditahan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, semasa serbuan pada pukul 1 pagi itu, kesemua individu berusia 19 hingga 42 berkenaan sedang minum minuman keras selain memasang bunyi muzik yang kuat.

Menurutnya, promosi parti liar itu dilakukan menerusi aplikasi WeChat dan siasatan mendapati aktiviti tersebut telah bermula sejak awal bulan ini.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati 12 individu positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine dan ketamin.

“Polis turut merampas dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 27.50 gram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Eng Lai dalam pada itu berkata, kesemua yang ditahan turut dikompaun sebanyak RM4,000 seorang di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Pelan Pemulihan Negara 2021.

Selain itu katanya, permohonan reman akan dibuat ke atas kesemua individu berkenaan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau menambah, orang ramai dinasihatkan agar tidak terjebak dalam sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang termasuk melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This