Remaja perempuan 13 tahun maut dipercayai terjatuh kondominium

Dari Penulis

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat 11 sebuah kondominium di Persiaran Bayan Indah, Bayan Baru, George Town, hari ini.

Ibu mangsa menyedari anaknya telah terjatuh dan berada dalam keadaan tertiarap pada bahagian bumbung kawasan parkir kondominium tersebut kira-kira 6.30 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.48 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, remaja itu ditemukan di atas bumbung tingkat satu kawasan parkir kenderaan dan dipercayai  terjatuh dari aras 11 kediaman berkenaan.

Baca artikel berkaitan : Budak perempuan maut terjatuh dari tingkat 9 rumah flat

“Pemeriksaan pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati remaja itu telah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden tersebut.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This