PERKUKUH beri peluang TH memperkukuhkan urus tadbir dan kedudukan kewangan

Dari Penulis

INISIATIF Pelaburan Rakyat PERKUKUH akan menjadi pemangkin kepada transformasi Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), termasuk Lembaga Tabung Haji (TH).

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Sri Amrin Awaluddin berkata, sejajar dengan keperluan masa kini, usaha dan langkah perlu diambil bagi mendepani persekitaran global yang semakin kompetitif walaupun GLIC telah menjadi tonggak pembangunan ekonomi Malaysia sejak enam dekad yang lalu.

“PERKUKUH adalah platform tepat bagi Malaysia untuk menghadapi krisis masa kini. Tidak dinafikan pandemik ini memberi cabaran hebat, namun kita telah mengatasi pelbagai cabaran ekonomi sebelum ini dan kini sudah tiba masanya untuk GLIC menerajui fasa transformasi baru bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara,” tambah Amrin.

PERKUKUH juga memberi peluang untuk TH menyusun semula dan memperkukuhkan urus tadbir dan kedudukan kewangan, tambah beliau lagi.

Sebagai satu-satunya pengurus perkhidmatan haji Malaysia, TH telah meluaskan skop kepakarannya dengan membantu 1.5 juta rakyat Malaysia menunaikan haji sejak tahun 1963 dan diiktiraf di peringkat dunia sebagai perkhidmatan haji cemerlang. TH juga memiliki pengalaman dan kepakaran 58 tahun dalam bidang Syariah, merangkumi aspek operasi dan pelaburan.

Inisiatif PERKUKUH Pelaburan Rakyat yang dilancarkan oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin hari ini bertujuan antara lain, untuk menguatkan fokus dan memberi penekanan terhadap mandat khusus bagi dana kekayaan berdaulat dan inistitusi pelaburan rakyat, termasuk TH.

Di bawah PERKUKUH, TH akan melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan aspek tadbir urus dan kawalan untuk melindungi TH dan pendeposit, menambahbaik operasi dan kecekapan serta menjana keuntungan dan pulangan yang berterusan kepada pendeposit bagi memastikan kelangsungan kewangan.

Maklumat lanjut mengenai inisiatif ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This