Suami isteri seludup dadah ke negara jiran diberkas – Ayob Khan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TINDAKAN sepasang suami isteri yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan dadah ke negara jiran sejak bulan lalu akhirnya ‘bocor’ juga selepas ditangkap polis, hujung minggu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dengan kerjasama bahagian siasatan jenayah narkotik Batu Pahat telah melancarkan tiga serbuan pada hari Sabtu dan Ahad lalu.

Dalam serbuan pertama, kata beliau, polis telah berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun bersama sejumlah dadah jenis syabu.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek positif dadah jenis morphine dan mempunyai rekod jenayah serta dadah lampau.

Susulan tangkapan pertama itu, Ayob Khan memaklumkan, pasukan khas tersebut telah melaksanakan dua lagi serbuan dan berjaya menangkap tiga lagi suspek termasuk suami isteri yang terlibat dalam sindiket dadah itu.

“Polis telah menangkap seorang lagi lelaki tempatan berusia 43 tahun dan dua wanita tempatan berusia 30 dan 35 tahun dengan hasil saringan turut mendapati mereka positif dadah serta mempunyai rekod jenayah.

“Modus operandi yang digunakan sindiket ini adalah dengan menggunakan perkhidmatan tekong laut untuk menyeludup dadah ke negara jiran menggunakan jalan laut.

“Polis telah berjaya merampas sebanyak 29 kilogram dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM1 juta dan turut menyita wang tunai RM30,000 dengan jumlah keseluruhan rampasan RM1.091 juta,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Baca artikel berkaitan: Leka proses arak tiruan RM3 juta, 6 ditangkap – Ayob Khan

Mengulas lanjut, Ayob Khan turut memaklumkan pasukan JSJN Johor sebelum itu iaitu pada 3 Ogos juga telah melancarkan operasi berasingan khas di sekitar Setia Alam, Johor Bahru bagi mengesan aktiviti berkaitan dadah.

Katanya, hasil operasi tersebut telah membawa kepada penangkapan tiga lelaki berusia antara 29 hingga 40 tahun beserta dadah jenis syabu.

Menurut Ayob Khan, semua suspek turut dikesan positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai rekod lampau jenayah serta dadah.

“Daripada soal siasat awal mengesahkan dadah bagi serbuan ini adalah untuk pasaran tempatan di sekitar Johor Bahru dengan sindiket ini telah beroperasi sejak Januari tahun ini.

“Dalam operasi kedua ini, polis telah merampas 5.21 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM187,000 selain empat kenderaan bernilai RM368,000, wang tunai, barang kemas dan sitaan akaun bank.

“Jumlah keseluruhan nilai rampasan dan sitaan bagi kedua-dua operasi ini adalah sebanyak RM1.7 juta,” jelas beliau.

Dalam perkembangan berasingan, Ayob Khan turut meminta bantuan orang awam untuk mengesan seorang wanita bernama Nur Fatin Shaera Md. Aris untuk membantu siasatan polis.

Jelas beliau, wanita berusia 27 tahun itu dicari bagi membantu siasatan polis berhubung kes pengubahan wang haram.

Alamat terakhir wanita berkenaan adalah di Pos 51, Kampung Parit Bingan, 86400, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Sehubungan itu, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Asisten Superintenden Ahmad Shamsul Rebu di talian 019-738 2140 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This