Pemimpin PH dibenar berbincang dengan parti lawan – Guan Eng

Dari Penulis

PEMIMPIN Pakatan Harapan (PH) dibenarkan mengadakan perbincangan dengan parti politik di luar pakatan itu, kecuali melibatkan tiga pemimpin utama mereka, kata Setiausaha Agung, DAP Lim Guan Eng.

Beliau berkata, Majlis Presiden PH telah menetapkan dirinya, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu perlu berunding satu sama lain sebelum melakukan sesuatu rundingan dengan parti lawan.

“Perbincangan seperti itu harus mendapat persetujuan dari kepemimpinan parti masing-masing dan Majlis Presiden PH agar ia boleh memberi kesan,” katanya dalam satu kenyataan.

Lim berkata demikian sebagai respon kepada laporan media berbaur anti-DAP yang menyatakan mengenai berita Ahli Parlimen DAP Tony Pua dan Ong Kian Ming mengadakan perbincangan dengan Menteri Perikatan Nasional.

“Walau bagaimanapun, perbincangan seperti itu tertakluk kepada persetujuan daripada kepemimpinan parti masing-masing dan Majlis Presiden PH bagi ia dapat dilaksanakan. Ahli-ahli DAP tidak boleh membiarkan laporan media berbaur anti-DAP ini memberi gambaran buruk terhadap DAP sehingga memecah-belahkan parti kita,” katanya.

Media hari ini memetik sumber, mendakwa bahawa Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz telah membincangkan dengan Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming dan Ahli Parlimen Damansara Tony Pua mengenai tawaran kerjasama bipartisan yang ditawarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BERITA BERKAITAN Pemimpin Bersatu sahkan Muhyiddin letak jawatan esok, usaha pujuk PM sedang berjalan

Walaupun Majlis PH menolak tawaran itu, Pua dan Ong sebelum ini secara terbuka menyatakan bahawa PH sekurang-kurangnya harus mendengar tawaran Muhyiddin sebelum membuat keputusan.

Guan Eng juga dalam kenyataannya menyatakan PH bersama dengan blok pembangkang yang terdiri daripada 105 Ahli Parlimen tidak boleh membuang masa dan sebaliknya perlu menggunakan pendekatan ‘khemah besar’ untuk menuntut kembali mandat mereka sebagai kerajaan yang dipilih mengikut perlembagaan oleh rakyat.

“Hanya bermula dengan 105 Ahli Parlimen Pembangkang sebagai asas, Ahli Parlimen PH Plus dapat menuntut kembali mandat pilihan raya 2018 yang telah dirompak oleh kerajaan pintu belakang yang terdiri daripada parti-parti yang telah ditolak oleh rakyat.

“Kedua-dua Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Shafie Apdal memikul tanggungjawab untuk bekerjasama bagi mengembalikan mandat rakyat.

“Perlu ada alternatif yang jelas terhadap Kerajaan PN yang telah gagal yang menyebabkan rekod tertinggi jangkitan dan kematian serta kegagalan mengeluarkan ekonomi daripada kemelesetan ekonomi,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This