Ismail Sabri bakal PM9, 114 Ahli Parlimen menghadap YDP Agong hari ini

Dari Penulis

AHLI-AHLI Parlimen yang memberi sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri Kesembilan (PM9) akan mengadakan perjumpaan dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini bagi mengesahkan surat akuan mereka.

Menurut Setiausa Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan yang tular, Ahli Parlimen Bera itu mendapat 114 surat akuan dari ahli-ahli Dewan Rakyat lain – yang merupakan sokongan tertinggi dan seterusnya mengalahkan pencabarnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Difahamkan, Ahli Parlimen yang menyokong Ismail Sabri tersebut akan mengadakan perjumpaan dengan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam beberapa kumpulan dari pagi sehingga petang.

“Esok Khamis, 19 Ogos bermula pukul 10 pagi, kami Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan bertolak ke Istana Negara dari PWTC (Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur) dengan menaiki bas.

“Hanya kumpulan yang menang sahaja dijemput untuk pengesahan sokongan sekali lagi di Istana Negara. Ini bererti, Ismail Sabri dengan izin Allah S.W.T adalah calon Perdana Menteri yang menang,” katanya dalam kenyataan tersebut yang tular, malam tadi.

BERITA BERKAITAN UMNO, BN sah calonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri baharu

Bagi penjadualan sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menhadap pada pukul 10 pagi dan kemudian disusuli oleh Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) pada pukul 11 pagi.

Pada pukul 2 petang adalah sesi menghadap bagi UMNO dan BN serta yang terakhir ialah Pas pada pukul 4 petang.

Selepas pengumuman pelantikan, Seri Paduka Baginda bertitah Perdana Menteri yang baharu perlu segera mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan dirinya mendapat kepercayaan majoriti.

Yang di-Pertuan Agong juga dijadualkan akan mempengerusikan perbincangan khas Raja-Raja Melayu bagi membincangkan isu-isu semasa esok (Jumaat). – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MARA perluas warden bekas tentera ke semua MRSM – Asyraf Wajdi

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) akan melaksanakan pengambilan warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua 58 Maktab...

More Articles Like This