Pendakwah bebas yang juga Pengasas Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong Wai Hung. GAMBAR: Abd Razak Aid

“INSYA-Allah, kami di MRM (Multiracial Reverted Muslims) bersedia menghadapi ribuan atau jutaan hentaman di media sosial.”

Demikian tegas pengasasnya yang juga pendakwah, Firdaus Wong.

Ia dipercayai susulan pendirian pertubuhan itu berhubung kes melibatkan seorang pendakwah terkenal yang kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Menurut Firdaus, mereka bukanlah sesiapa, hanya air mata dan tenaga yang mampu kami titipkan.

“Hanya Allah yang tahu di sebalik ketegasan kami, berapa banyak air mata kami yang gugur dan sebak yang menimpa kami tatkala bersama-sama dengan mangsa.

“Perjuangan tetap dijalankan biarpun tiada jaminan kemenangan di dunia. Akhirat tetap ada,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Firdaus pada masa sama menasihatkan kepada sesiapa yang memfitnah mereka dengan senagaja supaya bersiap sedia dengan hujah pada hari akhirat kelak.

Baca artikel berkaitan: Menyokong kebenaran atas dasar prinsip – Firdaus Wong

“Cuma nasihat kami, sesiapa yang memfitnah kami dengan sengaja, siapkan hujah anda di akhirat nanti.

“Sesiapa yang tersilap kami maafkan atas kejahilan anda. Sesiapa yang tidak tahu, baik anda mendiamkan diri,” tegasnya.

Dalam beberapa hantaran di Facebook, Firdaus banyak mengetengahkan isu jenayah seksual yang dilakukan golongan ternama yang menggunakan pengaruh mereka untuk mengambil kesempatan ke atas mangsa.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram