“Kes ini tidak boleh ditangguh lagi..” – Hakim panggil doktor perjelas keadaan Zahid esok

Dari Penulis

SELEPAS Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir perbicaraan kes rasuah yang dihadapinya hari ini kerana dimasukkan ke hospital, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan sapina ke atas doktor pakar yang merawatnya untuk memberi keterangan mengenai keadaan Presiden UMNO tersebut.

Hakim Collin Lawrence Sequerah mengeluar sapina itu ke atas Dr. Mohd Shahir Anuar dari Hospital Pakar Avisena, Shah Alam untuk hadir ke mahkamah pada pukul 3.30 petang, esok bagi menjelaskan prosedur yang dijalankan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Mahkamah sepatutnya memulakan Presiden UMNO itu hari ini berkaitan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana milik Yayasan Akalbudi yang dihadapinya.

“Kes ini tidak boleh ditangguh lagi, saya mahu kes ini diselesaikan pada tahun ini juga. Adalah tidak adil bagi tertuduh dan mahkamah untuk terus menangguhkan kes ini terlalu lama.

“Kes ini mula disebut di mahkamah pada 2019,” katanya memetik laporan AstroAwani.

Dalam prosiding pagi Selasa, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid berkata, anak guamnya tidak dapat hadir kerana akan menjalani prosedur tulang belakangnya di sebuah hospital pakar.

Menurutnya, Ahmad Zahid mengalami kesakitan akibat terjatuh dan tidak mampu duduk terlalu lama, bagaimanapun, tidak dijelaskan bagaimanakah kejadian itu berlaku.

Hakim Collin Lawrence turut meminta wakil daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan untuk hadir pada prosiding yang ditetapkan esok.

Terdahulu, prosiding ditangguhkan hampir satu jam bagi memberi ruang kepada pasukan pembelaan untuk berbincang dengan doktor berkenaan sama ada dapat hadir ke mahkamah hari ini.

Sebelum ini, kes Presiden UMNO yang menghadapi 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram.

Ia melibatkan puluhan juta ringgit dana milik yayasan itu ditangguh beberapa kali termasuk terbaharu tiga minggu lalu selepas pejabat seorang daripada peguamnya terdedah dengan jangkitan COVID-19.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This