Wanita tular ‘eksperimen sosial’ makan di restoran tanpa vaksin ditahan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG wanita yang tular dalam media sosial kononnya mahu melakukan ‘eksperimen sosial’ makan di restoran tanpa mengambil vaksin dicekup polis.

Tindakan wanita dan suaminya yang dikatakan melakukan ‘eksperimen sosial’ pergi ke restoran dan premis perniagaan tanpa ada halangan itu mengundang kecaman pengguna media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, polis telah menerima aduan berkaitan satu kenyataan tular di Facebook oleh pemilik akaun bernama Mujaheeda Soleha.

Kata beliau, wanita itu memuat naik kenyataan berkisarkan ‘eksperimen sosial’ masuk ke beberapa kedai dan gambar makan dalam kedai bersama anak dan suami walaupun belum mendapatkan dua dos suntikan vaksin.

“Pemilik akaun juga turut memuat naik kenyataan yang telah mendatangkan ketakutan dan kegentaran kepada orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Empat remaja terlibat sindiket palsu surat MITI ditahan – Ayob Khan

Bertindak atas aduan itu, Shamsul Amar berkata, polis Klang Selatan telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki dan wanita berumur 36 dan 35 tahun kira-kira pukul 5 petang semalam.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

“Selain itu, kes juga disiasat di bawah Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia,” katanya.

Shamsul Amar turut menasihati orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Orang ramai diminta sentiasa mematuhi SOP ditetapkan MKN dalam menjalani kehidupan seharian sebagai usaha bersama membendung penularan wabak COVID-19,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This