SELEPAS melebihi angka 24,000 semalam, penularan harian COVID-19 hari ini turun sedikit dengan 22,070 kes baharu dilaporkan.
Penurunan ini antaranya susulan kes yang lebih rendah di Selangor hari yang merekodkan 5,920 kes berbanding 6,936 semalam.
Selain Selangor, Sabah dan Sarawak terus melaporkan angka yang tinggi dengan masing-masing sebanyak 3,010 kes dan 2,224 kes.
Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), turut merekodkan kes baharu melebihi angka 2,000 ialah Kedah dengan 2,072 kes.
Empat lagi negeri mencatatkan kes empat angka hari ini iaitu Pulau Pinang dengan 1,829 kes, Johor (1,809 kes), Kuala Lumpur (1,068 kes) dan 1,051 kes.
Terendah hari ini ialah Labuan dengan lapan kes diikuti Putrajaya (39 kes) dan Perlis (76 kes).
Kes harian di Malaysia mencatatkan rekod tertinggi dengan 24,599 kes antaranya penularan yang tinggi di Selangor, Sabah dan Johor.
Johor bagaimanapun mencatat penurunan lebih 900 kes hari ini berbanding semalam.
Baca artikel berkaitan: 24,599 kes baharu, rekod kes harian tertinggi
Lebih 60 peratus individu dewasa sudah terima dua dos vaksin
Berikut pecahan kes mengikut negeri.
Sehingga 27 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 22,070 kes (1,662,913 kes).
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 5,920 (585,652)
WPKL – 1,068 (169,773)
Sabah – 3,010 (137,527)
Johor – 1,809 (130,475)
Sarawak – 2,224 (107,296)
Kedah – 2,072 (91,099)
Negeri Sembilan – 338 (90,318)
Pulau Pinang – 1,829 (79,681)
Kelantan – 1,051 (72,134)
Perak – 939 (63,476)
Melaka – 589 (46,841)
Pahang – 610 (41,129)
Terengganu – 488 (30,812)
WP Labuan – 8 (9,799)
WP Putrajaya – 39 (5,236)
Perlis – 76 (1,665)
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

