No menu items!
No menu items!

UOB, The FinLab lancar JomX bantu PKS tempuh fasa PPN

Dari Penulis

BAGI memecut proses pendigitalan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam tempoh pandemik COVID-19, UOB Malaysia (UOB) dan The FinLab tampil memperkenalkan JomX untuk membantu pelanggannya.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Saluran Digitalisasi Negara, UOB, Yap Kok Tee berkata, inisiatif JomX direka bentuk berdasarkan masalah-masalah yang diketengahkan oleh PKS yang menyertai kumpulan pertama Program Jom Transform 2021.

Katanya, di bawah JomX, UOB dan The FinLab bekerjasama dengan tujuh syarikat penyelesaian digital yang pakar dalam bidang digital seperti platform e-dagang, perniagaan-ke-perniagaan (B2B) dan perniagaan-kepelanggan.

“Kepakaran itu turut merangkumi sistem perakaunan awan, penyelesaian kecerdasan buatan (Artifical Intelligence atau AI) dan analisis data, automasi proses robotik, teknologi kreatif dan penyelesaian teknologi pemasaran,” katanya.

Ujarnya, antara rakan-rakan kerjasama termasuk Auto Count, Dattel, Designs.AI, Dropee, Exabytes, OrangeFIN Asia dan Otomate Me.

Tambahnya, penyelesaian digital tersebut akan dibuka kepada PKS yang menyertai JTP 2021 yang dianjurkan di platform The FinLab Online.

Baca artikel berkaitan: DoctorOnCall, Pfizer dan UOB tawar pembiayaan mudah dapatkan vaksin pneumokokal

“UOB akan menawarkan 200 pakej langganan bulanan percuma sehingga 13 bulan kepada pelanggan-pelanggan PKS dan peserta JTP. Pakej ini tersedia untuk pelbagai penyelesaian digital JomX, yang bertujuan untuk membantu PKS merendahkan kos perjalanan transformasi digital mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Saluran Kumpulan dan Digitalisasi UOB, Janet Young mengatakan, walaupun beberapa negeri di Malaysia telah melangkah ke fasa pemulihan berikutnya, perniagaan digital dijangka akan berterusan kerana ramai pelanggan yang telah membiasakan diri dengan kemudahan-kemudahan pembelian atas talian.

“Oleh itu, kami memberikan dorongan yang sangat diperlukan PKS untuk memanfaatkan pelbagai platform digital dan mengembangkan saluran penjualan digital mereka sendiri melalui JTP,” katanya.

Subsidi di bawah kempen JomX juga katanya akan membantu PKS ini bersiap sedia untuk menyesuaikan hala tuju perniagaan mereka selaras dengan norma perniagaan yang baru.

“Kami juga menekankan komitmen UOB dalam membantu memperkasa para pelanggan PKS kami untuk terus teguh dan berdaya saing pada masa-masa yang mencabar ini.”

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Loke: Guna tren diesel lebih baik daripada biar rakyat terus menunggu

KEPUTUSAN menggunakan tren diesel bagi perkhidmatan Shuttle Selatan dibuat bagi memastikan rakyat Johor dapat menikmati kemudahan pengangkutan awam dengan...

More Articles Like This