Malaysia vs Indonesia: PM9 vs Jokowi

Dari Penulis

Oleh DATUK DR. HASAN MAD

DULU, kita sering berseloroh dengan perumpamaan ini: “Jangan jadi seperti Indonesia”. Sejak 2008, bila kuasa politik terlurut secara terancang dari tangan pemimpin Melayu, perumpamaan itu kini menongkah arah.

Malah, sejak kebelakangan ini terlalu kerap cerita, video dan pelbagai mesej memuji dan menjulang kehebatan Indonesia, para pemimpinnya dan agenda pembangunannya. Kita pula terasa seperti memperkecil dan mempersendakan diri sendiri.

Bila Jokowi menyingkap sejarah silam mereka, beliau terjumpa satu usaha murni yang pernah diilhamkan oleh Presiden Sukarno, iaitu untuk Indonesia lancarkan Program Revolusi Mental. Hasrat itu tak kesampaian.

Jokowi merasakan ia sesuatu yang amat perlu dilaksanakan. Lantas beliau angkat dan diperkasakannya menjadi program nasional dengan cukup terancang.

Jokowi menyasarkan program yang berpasakkan “Indonesia Berdaulat, Berdikari dan Berkeperibadian” itu mampu melahirkan generasi bahsru Indonesia yang berketerampilan sebagai pesaing global menjelang 2030. Generasi itu nanti akan berdiri megah, menjulang negaranya sebagai kuasa besar dunia.

Jika nak teruja mengenai program itu bacalah dulu nota ringkas mengenainya yang terkandung di dalam Bukusaku Gerakan Nasional Revolusi Mental.

Program itu diselaraskan perlaksanaannya oleh Kementerian Pembangunan Manusia dan Kebudayaan.

BERITA BERKAITAN Ismail Sabri angkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan

Baru pun berusia enam tahun program itu dilaksanakan, sudah nampak percambahan benih-benih subur dari usaha mereka itu, terutama dalam kalangan warga pelajar.

Rakyat Indonesia mula merasakan kekaguman program itu, agaknya sama seperti mana generasi saya pernah merasai manfaat Dasar Ekonomi Baharu (DEB) 1970.

Seikhlasnya, mohon bacalah juga dokumen rasmi jerajaan Malaysia mengenai Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dilancarkan pada Oktober 2019.

Setelah dihadam kandungan kedua-dua dokumen itu, Bukusaku Gerakan Revolusi Mental Nasional 2015 dan WKB 2030, tanyalah Jokowi dan PM9, mampukah kedua-duanya bergandingan tangan untuk bersama membawa negara masing-masing ke mercu kejayaan.

Saya mempunyai pandangan berbeza. Namun, harapan saya tetap sama seperti mana kedua-dua pemimpin besar itu.

  • Penulis merupakan Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM)

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This